Pandanglah tangan yg melakukan

Wednesday, July 08, 2009

Petikan: Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti.


________________________________________
Jangan dipandang air mata yang mengalir
Tapi pandanglah tangan yang melakukan

OLEH: ABD.BASIT ABD.RAHMAN
Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat perlaksanaan Islam dari segenap aspek kehidupan dan cuba untuk memburukkannya dengan berbagai cara, tapi yang ajaibnya ada dikalangan orang muslim yang mempercayai dakwaan mereka kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah, wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipudaya yang mereka lalui, ramai pemimpin umat Islam berucap mengatakan kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam, mereka mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam, tapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi oleh para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga mereka yang berucap: telah muncul di kalangan orang Islam mereka yang akan mengembalikan kegemilangan Islam.
Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti.
Berapa ramai pula kalangan yang menangis kerana menuntut bela diatas kewafatan Saidina Uthman yang dibunuh, tapi setengah dari merekalah yang menimbulkan fitnah yang membawa kepada syahidnya Khalifah Ar rashid itu.
Salah seorang yang duduk bersama hakim dalam mahkamah merasa sedih ketika melihat seorang pengadu datang dalam keadaan menangis dan orang itu memberitahu hakim bahawa beliau berpendapat si pengadu telah dizalimi, maka hakim yang bijak telah memberi jawapan kepadanya: saudara-saudara Yusuf datang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis.
Oleh itu sebelum kita memberi kepercayaan kepada seeorang, hendaklah kita halusi, selidiki dan kaji betul-betul, benarkah dia seorang yang benar-benar memperjuangkan islam sebelum kita meletakkannya ditempat pejuang atau mujahid islam. Pernah dulu orang memberi gelaran kepada Attartuk sebagai Khalid, “Wahai Khalid Turki baharukan perjuangan Khalid Arab”, mereka menyamakannya dengan Khalid kerana menyangka beliau akan mengembalikan keagongan dan ketinggian islam. Tetapi tak lama kemudian pecahlah tembelangnya, beliau seorang taghut dari usrah Yahudi yang ditonjolkan untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyah dan menghancurkan Islam. Diawal perlantikannya tidak lepas kayu sugi dimulutnya dan bekas wuduk di tangannya.
Mengetahui hakikat sesuatu adalah penting sebelum membuat apa-apa keputusan, untuk mengelakkan daripada tersalah dan tersesat.
Kita telah membaca cerita pemburu yang menembak burung dimusim sejuk, seekor demi seekor ditangkap dan disembelihnya kemudian dimasukkan kedalam bekas yang dibawanya. Sedang air matanya mengalir kerana kesejukan dan ditiup oleh angin, seekor burung yang sedang sakit memberitahu kawannya, “Tengoklah lelaki ini seorang yang baik dan lembut hatinya hingga mengalir air matanya kerana kasihan kan kita”. Jawab kawannya” jangan kau lihat air matanya tapi lihatlah apa yang dilakukan oleh tangannya”. Wallahu alam.
Dipetik dari buku (Mawaqif zatu ibar) Dr. Sulaiman al Ashqar.

Du’at Traning Course (DTC)

Wednesday, July 08, 2009









Pada 3-5Julai 2009 telah di adakan Du’at Traning Course (DTC) atau Kursus Latihan Pendakwah bertempat di UIA, yang di anjurkan oleh Gabungan Minda Tajdid (GMT).
Program selama 2hari 2malam ini di adakan bagi mempelajari teknik-teknik berdakwah yang berkesan serta bekalan yang berguna buat du’at atau pendakwah-pendakwah manhaj as-sunnah.

Lebih kurang 60orang peserta dari setiap IPT di Malaysia telah menghadiri kursus ini seperti UIA,USM,UTEM,UTP,UTM KL,UPSI,KUIS,IPTIP dan lain-lain. Wakil dari pihak alumni kiblah juga telah menghadiri program ini bertujuan meempelajari teknik berdakwah, iaitu saudari Farah Nabeela (batch 05), Khairul Amali (batch 07) dan peulis sendiri,Muhammad Akmal(batch 05).

Pengisian bagi menjadi pendakwah berkarisma serta teknik komunikasi yang berkesan telah di adakan oleh saudara Fazli Yusof, konsultan, perunding motivasi serta penulis buku motivasi yang terkenal. Beliau telah menjelaskan bagaimana teknik komunikasi yang berkesan, cara memikat hati mad’u, kemahiran berfikir atau menggunakan ‘topi-topi berfikir’, karisma seorang pendakwah serta pelbagai lagi.

Program turut di isi dengan panduan, nasihat, peringatan ,perkongsian serta pengisian rohani dengan ceramah yang di sampaikan oleh ustaz Fadlan(UKM),u.Khairul Anuar(jab mufti Perlis),U.Anwar Riduan(UM),U.Abdul Razak(RK Traning) dan U.Fathul Bari(Musytasar&Al-Qalam). Mereka telah menegaskan kepentingan ilmu yang shahih yang mesti ada dalam diri pendakwah, pendakwah perlulah bijak serta berhikmah dalam berdakwah, pandai membawa diri dalam perkara-perkara yang terjadi perselisihan, cabaran-cabaran yang akan di hadapi ,tegas dalam perkara usul, berlapang dada dalam perkara-perkara cabang, kesabaran dalam berdakwah serta sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Kursus yang berakhir pada hari ahad itu telah di akhiri dengan resolusi oleh para peserta untuk lebih mengembelengkan usaha dakwah mereka serta mempraktikkan segala ilmu ilmu berguna telah mereka dapat sepanjang mnyertai kursus inysaallah.

Majlis Hi-Tea Alumni 2008

Tuesday, July 07, 2009









Pada 24Mei 2008, sabtu, yang lalu telah di adakan suatu majlis yang julung2 kalinya di adakan,Majlis Hi-Tea Alumni bertempat di Bangi Golf Club,Bangi. Program ini di anjurkan oleh pihak Sekolah Kiblah serta YAKIN dengan kerjasama Alumni.

Alumni banin dan banat dari setiap tahun dan batch telah di jemput bagi menghadiri majlis hi-tea tersebut bagi meraikan mereka serta sebagai program reunion atau perjumpaan dan perhimpunan semula para alumni dan pihak sekolah. Ini bagi memastikan ukhwah islamiah yang terbina akan terus terjalin sampai bila-bila.

Majlis tersebut turut di serikan lagi dengan kedatangan Tan Sri Hashim Meon selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN) di iringi oleh U.Ismail Omar,Pengarah Urusan Sekolah Kiblah. Tan Sri Hashim Meon turut berbesar hati bagi menyampaikan ucapan perasmian bagi majlis tersebut di samping berkenalan serta bermesra dengan alumni-alumni yang hadir.

Majlis kemudian di teruskan dengan acara Forum Alumni serta pihak Sekolah antara saudara Arif Musa dari alumni(batch 01) dengan U.Zaharudin dari pihak sekolah di pengerusikan oleh saudara Haris(batch 06). Forum ini di bincangkan peranan alumni untuk membantu pihak sekolah serta cadangan alumni untuk pihak sekolah bagi menaik taraf sekolah. Acara yang di tunggu-tunggu sudah semestinyalah acara makan-makan!!!

Petang itu tetamu di hidangkan oleh sajian yang di sediakan oleh pihak Bangi Golf Club.

Semoga program sebegini akan sentiasa berterusan serta di hadiri oleh ramai alumni yang lain insyaallah.

Kita Golongan Yang Mana?

Sunday, July 05, 2009

Pembahagian manusia di sisi Allah subhanahuwata`la di akhirat kelak terbahagi kepada empat golongan;

1) As-saabiqu bi al-Khairat.(yang mendahului dalam melakukan kebaikan) Mereka ialah golongan yang sangat dekat dengan Allah,merekalah ahli Ihsan (yang suka berbuat kebaikan dan memperbaiki kerosakan),merekalah golongan yang tertinggi sekali kedudukan(maqam,thabaqat) di sisi Allah(selepas para nabi dan rasul), mereka menunaikan semua perkara-perkara fardhu(wajib) dan meninggalkan perkara-perkara haram Mereka sangat gemar melakukan amalan-amalan mustahab(sunnah) dan ibadah-ibadah yang dituntut,mereka meninggalkan perkara-perkara yang haram,al-makruhaat(perkara yang dibenci) dan al-musytabihaat daripada perkara yang diharuskan kerana takut terjebak ke dalam larangan Allah.

2) Al-muqtasid ( pertengahan) Golongan ini ialah golongan kanan, mereka adalah golongan al-abrar(yang suka berbuat kebaikan), mereka menjaga batasan-batasan yang telah Allah tetapkan, dan beristiqamah di atas agama Allah tetapi mereka tidak melakukan amalan-amalan mustahab, nawafil seperi golongan pertama.Mereka melakukan sebahagian al-makruhaat(perkara yang dibenci), dan al-musytabihaat daripada perkara yang diharuskan.Maka kedua-dua golongan yang terawal ini kesemua mereka merupakan ahli syurga dan diantara yang terawal memasukinya dan mereka tidak masuk dalam neraka.
3) Az-zholimu li nafsih golongan yang menzalimi diri sendiri Golongan ketiga ini merupakan mereka yang menzalimi diri mereka sendiri, mereka ialah orang-orang yang beriman yang meninggalkan sebahagian kewajiban atau melakukan sebahagian perkara-perkara yang haram, kesemua mereka ialah orang yang beriman dan ahli syurga secara umumnya, tetapi mereka berada dalam keadaan yang merbahaya yang boleh memasukkan diri mereka ke neraka disebabkan menzalimi diri mereka sendiri dengan perbuatan maksiat.Dan status mereka berada di atas mashiiah (kehendak)Allah dan termasuk dalam firman Allah:
وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ
dan Dia(Allah) mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.[an-Nisa`[4]:48]
Jika mereka diampunkan oleh Allah maka mereka akan dimasukkan ke dalam syurga ataupun mereka akan diazab dahulu dalam neraka kemudian dikeluarkan daripadanya dan dimasukkan ke dalam syurga melalui syafaat dari pemberi-pemberi syafaat ataupun hanya dengan rahmat Allah subhanahuwata`la.
4) Al-kaafir.Golongan yang kafir Golongan yang keempat inilah golongan ashabul mashamah dan merekalah golongan kiri,mereka terdiri daripada orang-orang kafir, pendusta-pendusta agama, dari kalangan yahudi, nasrani, majusi , munafiqin, musyrikin ,wathaniyyin( penyembah berhala), kesemua mereka akan masuk neraka dan mereka dihumban kedalam neraka selama-lamanya.Moga Allah menyelamatkan kita dari termasuk dari golongan ini. Maka tiga golongan yang terawal kesemua mereka merupakan ahli iman, merekalah golongan yang Allah wariskan kepada mereka al-kitab(al-Quran) dan merekalah golongan yang dipilih oleh Allah dari kalangan hamba-hambaNya sepertimana firman Allah ta`ala :
ثُمَّ أَوْرَثْنَا الْكِتَابَ الَّذِينَ اصْطَفَيْنَا مِنْ عِبَادِنَا فَمِنْهُمْ ظَالِمٌ لِنَفْسِهِ وَمِنْهُمْ مُقْتَصِدٌ وَمِنْهُمْ سَابِقٌ بِالْخَيْرَاتِ بِإِذْنِ اللَّهِ ذَلِكَ هُوَ الْفَضْلُ الْكَبِيرُ
Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menzalimi diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan di antara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah kurnia yang amat besar.
[al-Faathir[35]:32]
Allah subhanahuwata`ala menyebut dua golongan yang terawal-golongan -As-saabiqu bi al-Khairat (yang mendahului dalam melakukan kebaikan) dan golongan Al-muqtasid ( pertengahan)- dalam awal ayat dari surah al-Waaqi`ah manakala pada akhir surah ini Allah menyebutkan golongan yang kafir: Firman Allah ta`ala :
وَكُنْتُمْ أَزْوَاجًا ثَلَاثَةً
dan kamu menjadi tiga golongan.
فَأَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَيْمَنَةِ
iaitu golongan kanan.Alangkah mulianya golongan kanan itu.
وَأَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ مَا أَصْحَابُ الْمَشْأَمَةِ
Dan golongan kiri. Alangkah sengsaranya golongan kiri itu.
وَالسَّابِقُونَ السَّابِقُونَ () أُولَئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
Dan orang-orang yang paling dahulu beriman , merekalah yang paling dulu (masuk surga). Mereka itulah orang yang didekatkan (kepada Allah).
وَأَمَّا إِنْ كَانَ مِنَ الْمُكَذِّبِينَ الضَّالِّينَ فَنُزُلٌ مِنْ حَمِيم وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ
Dan adapun jika dia termasuk golongan orang yang mendustakan lagi sesat, maka dia mendapat hidangan air yang mendidih, dan dibakar di dalam neraka.
Marilah kita merenung dan melihat diri kita berada di dalam golongan yang mana?



Diterjemah dan disusun oleh: Abu Ayyub
dari artikel Syeikh `Abdul `Aziz ar-Rajhi
sumber: http://www.sahab.net/home/index.php?threads_id=118

Maksud Tarikh Lahir

Sunday, July 05, 2009

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.
Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada.

Contoh:
12 April 1974
12 + 4 + 1974 = 1990
1 + 9 + 9 + 0 = 19
1 + 9 = 10
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan
-Hadir dengan idea baru.
- Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
- Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
- Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
- Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona, Judd, Nancy, Reagan, Requel Welach

2. Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison, Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria
- Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
- Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
- Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
- Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
- Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jodie Foster

4. Konsevatif
- Golongan ini sangat peka dan tradisional.
- Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
- Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
- Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
- Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis
- Mereka adalah perintis.
- Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
- Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
- Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik
- Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
- Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
- Mereka suka seni musik.
- Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
- Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6:Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual
- Golongan ini adalah Pencari.
- Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
- Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
- Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
- Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
- Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
- Mereka sangat suka berahsia.
- Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian
- Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
- Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
- Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
- Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
- Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon
- Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
- Mereka sangat penyayang dan pemurah.
- Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
- Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
- Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
- Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

Faktor-Faktor Kehancuran Negara Islam

Sunday, July 05, 2009

Di dalam kekuatan hebat dan tanah yang meluas ini, faktor-faktor merungkai mula meresap ke dalam kehidupan umat al Quran ini. Faktor ini membesar dan berkembang sedikit demi sedikit sehingga akhirnya telah merobek Daulah Islam ini dengan hancurnya pusat kerajaan Islam pada kurun ke 6 Hijrah di tangan Tartar. Sekali lagi ianya berlaku pada kurun 14 Hijrah (Kejatuhan Khalifah Uthmaniah). Peristiwa ini meninggalkan kesan yang amat buruk. Umat Islam bertaburan dan negara Islam menjadi negeri-negeri kecil. Faktor-faktor yang menjadikan demikian:



1. Perpecahan politik, asabiyyah (fanatik), berebut pangkat dan kepemimpinan. Sedangkan Islam telah memberi amaran keras dalam masalah ini. Islam telah mengingatkan supaya menjauhkan diri dari kepimpinan. Islam berulang kali menarik perhatian umatnya bahawa inilah faktor yang merosak dan menghancurkan mana-mana rakyat dan negara. Allah berfirman, maksudnya;
"…dan janganlan kamu bertelagah, nescaya kamu akan gagal dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar" (al Anfal :46).

Disamping itu Islam juga sangat berpesan supaya ikhlas kerana Allah semata-mata dalam percakapan, perbuatan dan hindarkan dari suka kemasyhuran dan pujian.
2. Perbezaan pandangan dalam agama dan mazhab, menyeleweng dari agama yang sepatutnya aqidah dan amalan tetapi bertukar menjadi cakap-cakap dan istilah kaku yang mati. Kecuaian terhadap kitab Allah, sunnah Rasulullah saw, jumud dan fanatik terhadap pendapat dan kata-kata seseorang, suka bertengkar dan berdebat sedangkan semua perkara ini ditegah oleh Islam. Rasulullah saw bersabda, maksudnya
"Tidak sesat sesuatu kaum itu selepas mereka mendapat hidayat kecuali oleh kerana mereka suka bertengkar".
3. Tenggelam dalam pelbagai kemewahan dan kenikmatan, suka berhiburan dan keseronokan. Ianya berlaku begitu dahsyat pada pemerintah-pemerintah Islam lebih dari apa yang berlaku kepada pemerintah bukan Islam. Padahal mereka telah membaca firman Allah, maksudnya;
"Dan jika kami hendak membinasakan negeri, maka kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu. Maka sudah sepatutnya berlaku terhadapnya ketentuan kami dan kemudian kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya". (al Isra':16)
4. Peralihan kuasa dan pimpinan kepada bukan Arab; samada kepada Farsi, Dailam (suku Kurd), Mamalik, Turki dll. Kebanyakan mereka ini tidak pernah merasa kemanisan Islam yang sebenar. Hati-hati mereka tidak dapat disinari oleh cahaya al-Quran disebabkan kesukaran memahami maksud-maksudnya. Sedangkan mereka telah membaca firman Allah, maksudnya,
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaan mu orang-orang yang di luar kalangan mu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagi mu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepada mu ayat- ayat (Kami) jika kamu mahu memahaminya". (Al Imran :118)
5. Mengabaikan ilmu-ilmu teknologi dan sains sebaliknya menghabiskan masa dengan teori falsafah dan ilmu-ilmu khayal yang mandul. Sedangkan Islam mengesa mereka supaya mengkaji, menyelidik segala rahsia-rahsia kejadian, meneroka di muka bumi dan berfikir tentang makhluk Allah sebagaimana firman Allah, maksudnya;
"Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan bumi".(Yunus:101).
6. Sikap pemerintah yang tertipu dengan kekuatan sendiri dan cuai untuk mengkaji perkembangan masyarakat lain sehingga mereka ketinggalan dalam persiapan dan persediaan yang mana akhirnya mereka telah di cakup sekali gus. Al Quran telah memerintahkan mereka supaya sentiasa berwaspada dan jangan lalai. Ia mensifatkan orang-orang yang lalai dan cuai tak ubah seperti binatang bahkan lebih sesat dari itu. Firman Allah, maksudnya;
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati tetapi tidak di pergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak di pergunakannnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat- ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang- orang yang lalai" (al A'raf:179).
7. Terpedaya dengan tipu muslihat musuh yang manis di bibir. Mereka merasa kagum dengan cara kerja dan kemewahan hidup kuffar musuh. Mereka terburu-buru meniru kuffar tanpa mengira baik buruk. Sedangkan al-Quran sangat menegah muslimin dari meniru atau menyerupai kuffar. Al-Quran terus terang memerintah supaya tidak menyerupai kuffar dan perlunya memelihara ciri-ciri identiti Islam. Firman Allah, maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mengikuti sebahagian dari orang-orang yang al Kitab nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang kafir sesudah kamu beriman" (aL-Imran:100).
Di ayat yang lain, maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu taati orang-orang itu nescaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran) lalu kamu menjadi orang yang rugi" (aL-Imran:149)
Sumber:
ANTARA SEMALAM DAN HARI INI oleh: Imam As-syahid Hassan Al-Banna

Renungkan Bersama

Saturday, July 04, 2009

kita terlahir kedunia sebagai seorang anak manusia, lahir dengan membawa tugas yang harus kita jalani dan dipertanggung jawabkan. namun, sebagai manusia yang tidak sempurna, kita dipastikan hidup dalam kesusahan, namun kita tetap menginginkan sebuah kehidupan yang bersih tanpa kotoran dan keruhan. inilah kondisi dunia yang tidak mengenakkan, dunia menuntut banyak keletihan, terkadang kita harus berhadapan dengan muka-muka masam dari orang lain, hidup berganti warna, penuh duka, bertabur luka, dan kita hidup didalamnya dalam derita.

ada diantara kita yang tidak akan bisa menemukan anak, istri, suami, kawan, kemuliaan, tempat tinggal, dan profesi, melainkan semua itu mengandung hal yang menyusahkan dan terkadang menyakitkan. maka redakanlah panasnya kekurangan yang kita miliki dengan dinginnya kelebihan yang kita punya. maka kita akan kuat dan selamat...

menolehlah ke kiri dan kanan, bukan hanya kita saja yang sedang ditimba musibah, disetiap sudut kota ada rumah yang sedang berduka, di setiap pipi masih ada air mata yang mengalir, dan berapa banyak musibah yang melanda. berapa banyak orang yang mampu bersabar mengahadapinya, tidak hanya kita sendiri yang sedang ditimpa musibah, bahkan mungkin musibah yang kita sedang alami belum setanding jika dibandingkan dengan musibah yang dialami orang selain kita..

Allah menghendaki dunia ini dalam dua dimensi yang sangat berbeda, bertolak belakang, bertentangan, dan bersilangan. kebaikan dan keburukan, kemashlahatan dan kerusakan, kebahagiaan dan kesedihan, dan begitu juga yang lainnya..

bagaimanapun keadaan hidup kita, seberat apapun beban kesakitan yang harus kita pikul, tapi kita harus tetap hidup dengan realiti hidup yang ada. jangan pernah mengembara dalam nuansa khayalan. terbanglah mengitari cakrawala yang utama, hadapi dunia kita dengan apa adanya..

kuatkan diri kita untuk tetap hidup bersanding dan bersamaNYA. tidak akan ada seorang sahabat kita didunia yang murni, pastinya diantara kita pernah merasakan dikhianati sahabat,dan tidak akan ada pasangan kita yang sempurna dan tidak ada juga urusan kita di dunia ini yang akan kekal. sebab, kemurnian dan keberkekalan itu bukan dari sifat dunia.

maka, yang paling baik yang harus kita lakukan adalah meluruskan, memaafkan, dan membuka hati atas kekurangan serta mengambil mana yang lebih baik dan meninggalkan yang tidak baik. kita menerima dengan lapang dada kemudian memperbaiki kekurangan dan berusaha menjadi lebih baik.

wahai sauadaraku, marilah kita hidup dengan berzikir kepada Allah, bersandingg denganNYA, kita dekati orang yang berilmu, orang yang alim dan juga orang yang berusaha menjadi alim..carilah keredhaan Allah dalam hidup ini, dengan menjaga HAQ-HAQ Allah...SABARLAH DAN HIDUPLAH APA ADANYA...

nawal 87
Kepada sesiapa yangg ingin post apa-apa artikel, video atau sebarang komen, sila email atau sms kepada sya_i_zz@yahoo.com(012-9432204) atau kepada saudara akmal syahid_akmal@yahoo.com(012-3218987) dan amirul mukminin amer_ktb@yahoo.com (013-2845128)..

Aktiviti Alumni Pada Tahun 2008