أسبابٌ تهوِّنُ المصائب
Wednesday, September 02, 2009
(Jangan bersedih, di sana masih ada jalan-jalan meringankan Musibah)
Tujuh Jalan Meringankan Musibah
LT63.1 Jalan Pertama:
انتظارُ الأجرِ والمثوبةِ من عند اللهِ عزَّ وجلَّ : إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍٍ
Tunggulah pahala dan ganjaran dari sisi Allah 'Azza wa Jalla (sebagaimana yang Dia janjikan):
[AQT 39 (az-Zumar) : 10] "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."
Tafsir: Banyak manusia pabila ditimpa musibah mengharapkan mahkamah yang dipenuhi dgn kes-kes tertunggak hingga bertahun-tahun dan mereka yang melakukan kezaliman terkadang tidak dihukum kerana karenah dan kecilikan peguam belanya...ada yang ditimpa musibah, tidak dibela dengan sewajarnya.. ..maka jalan meringankan kesan musibah ini ialah mengharapkan pahala dan ganjaran dari sisi Allah SWT.
LT63.2 Jalan ke-Dua:
Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan melihat orang lain yang turut ditimpa musibah (bahkan keadaan mereka lebih teruk lagi darimu)
Sya'ir arab menyatakan:
ولولا كثرةُ الباكِين حولي على إخوانِهمْ لَقَتَلْتُ نفسي
(Kalau saja tidak kulihat sesak tangis orang yang ditimpa musibah di sekitarku, dah tentu aku dah lama bunuh diri)
Maka lihatlah ke kiri dan kananmu duhai teman, apakah engkau tidak menyaksikan mereka yang juga ditimpa ujian dan musibah....hingga dikatakan oleh satu pepatah arab:
في كلِّ وادٍ بنو سعدٍ
(di setiap lembah, akan ada Banu Sa'ad)
P/S: Maksud setiap lembah ada Bani Sa'ad, ialah di setiap tempat pasti ada orang yang terkena musibah dan Bani Sa'ad adalah kaum arab yang mendiami wadi2 di sekitar Mekkah yang terkenal dgn kemiskinannya dan selalu terkena musibah spt wabak penyakit, bencana alam dan kelaparan.
LT63.3 Jalan ke-Tiga:
Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan:
وأنها أسهلُ منْ غيرِها
Yakin bahawa musibah yang menimpa diri anda itu jauh lebih ringan dibandingkan dengan yang menimpa orang lain..
Syarah:
Ketika saya menziarahi sanak saudara yang dimasukkan ke wad, saya melihat ramai pesakit dalam wad yang turut mengalami pelbagai komplikasi yang jauh lebih serius berbanding beliau...begitu juga kalau kita tinjau di wad-wad ICU, bertambah benar akan kenyataan ini, jika kita merasa sedih dengan musibah yang menimpa kita, terkadang kita lupa melihat persekitaran kita, di sana ada ramai manusia lain yang lebih parah musibahnya berbanding dengan apa yang tertimpa atas diri kita...subhanAllah.
LT63.4 Jalan ke-Empat:
Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan:
. وأنها ليستْ في ديِنِ العبدِ ، وإنما في دنياه .
merasa yakin bahawa musibah yang menimpa diri anda hanyalah berkaitan dunia sahaja dan bukannya berkaitan dengan agama.
Mafhum:
Kebanyakan musibah yang menimpa manusia adalah berkaitan dengan urusan dunia spt: hutang piutang, wabak penyakit, kecelakaan jalan raya, kerjaya, tragedi alamiah spt banjir, gerak-gempa- tsunami, maka ia pasti ada jalan keluar. Sedangkan musibah para salaf dulu adalah kerana agama semata-mata. Musibah kerana agama lebih parah dari musibah kerana dunia, mereka berjaya keluar dari musibah agama yang jauh lebih dahsyat dari musibah keduniaan... .
LT63.5 Jalan ke-Lima:
Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan:
وأنَّ العبودية في التسليم عند المكارهِ أعظمُ منها أحياناً في المحابِّ
Merasa yakin bahawa 'ubudiyah yang dilaksanakan dengan khusyu' ketika sedang mengalami tekanan musibah lebih besar nilainya jika dibandingkan dengan yang dilakukan ketika di saat-saat senang...
Syarah:
Ibadah semasa dilanda musibah lebih lazat dan khusyu' berbanding ibadah semasa dalam kebahagiaan dan kesenangan. Jika dibuat perbandingan, kelazatan makanan lebih terasa bila kita dalam keadaan susah dan lapar berbanding ketika mana kita senang dan kenyang....
LT63.6 Jalan ke-Enam:
Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan:
وأنه لا حيلة : فاتركِ الحيلة في تحويِلها إنما الحيلةُ في تَرْكِ الحيَلْ
Tidak melakukan tipu muslihat (yakni: berhelah):
Tinggalkan muslihat untuk mengubah bencana
Hancurnya tipu muslihat dengan meninggalkannya (pepatah arab)
syarah:
Apabila seseorang ditimpa musibah, dia tidak boleh melakukan pelbagai tipu muslihat seperti surat akuan bersumpah, saman-menyaman di mahkamah, sumpah di dalam masjid dan pelbagai cerita dan teori konspirasi.
LT63.7 Jalan ke-Tujuh:
Musibah yang menimpa anda menjadi ringan dengan:
وأنَّ الخبرة للهِ ربِّ العالمين : * وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ
Menyedari pilihan Allah SWT adalah yang terbaik (sebagaimana Firman-Nya):
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu.." AQT 2:216
syarah:
Contoh dalam ayat itu ialah perang. Peperangan kita anggap suatu malapetaka dan kesengsaraan. Tapi di sebalik perang itu ada pahala syahid yang menunggu.
[al-Qarni, La Tandzan/ ms 111]
susunan thtl di http://al-fikrah. net/Forums/viewtopic/ t=642.html
www.qualitysunnah. blogspot. com
"al-'ilm: qaala Allah wa qaala ar-Rasul"
0 comments:
Post a Comment