TIPS KERJAYA
Wednesday, September 09, 2009
TIPS KERJAYA
DARIPADA UNIT KAUNSELING & KERJAYA
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
Pemilihan kerjaya merupakan sesuatu yang kompleks dalam kehidupan terutamanya kepada mereka yang masih lagi tercari-cari apa yang mereka kehendaki di dalam kehidupan dan kerjaya. Berikut adalah beberapa tips bagi memudahkan ataupun bagi menjadi panduan kepada individu dalam membuat pemilihan kerjaya.
1. Kerjaya harus dipilih berdasarkan apa yang diminati atau disukai.
2. Kerjaya yang dipilih haruslah berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang
dimiliki.
3. Kerjaya tidak harus datang secara paksaan contohnya dari ibu bapa atau
keluarga.
4. Kerjaya bukanlah untuk dicuba-cuba (trial & error)
5. Seseorang perlu yakin dengan kerjaya yang diceburinya. Kejayaan bukan
datang dalam sekelip mata. Ia akan memakan masa. Oleh itu ketekunan dan
istiqamah serta doa amat penting dalam menjamin kerjaya masa depan.
6. Kerjaya yang dipilih haruslah tidak bersandarkan kepada faktor kewangan
semata-mata. faktor lain yang lebih penting harus diambil kira.
7. Sebelum memilih sesuatu kerjaya dapatkan informasi sebanyak mungkin
terlebih dahulu.
8. Jumpa orang yang lebih berpengalaman dan bertanya soalan-soalan yang
relevan kepada mereka. Dengan kata lain dapatkan nasihat daripada mereka
yang pakar.
9. Dapatkan restu dari kedu-dua ibu bapa. Restu mereka amat penting dalam
menjamin kejayaan anda.
10. Lakukanlah Solat Istiharah dan berserah pada Allah s.w.t. Hanya Dia sahaja
yang maha mengetahui dan penentu segalanya.
PANDUAN MENGHADIRI “JOB FAIR”
• Mendaftar awal
• Lihat senarai kehadiran majikan yang mengambil bahagian.
- samada dalam buku program
- atau biasanya dipaparkan di pintu masuk dewan
• Dapatkan maklumat tentang kehendak syarikat / majikan
• Sediakan pelbagai soalan berkaitan untuk diajukan pada majikan
…………. dan berlatih !!!
Sebagai tambahan :
• Datang dengan keadaan bersedia mental dan fizikal
• Berpakaian kemas – seolah-olah akan menghadiri temuduga
• Bawa dokumen, sijil-sijil, resume yang telah disusun dalam fail dengan
kemas dan mudah dirujuk.
Jangan lupa …
• Membina jaringan yang efektif dengan pengunjung lain
• Menunjukkan keyakinan dan minat
• Temui pelbagai wakil syarikat – bukan setakat yang anda berminat sahaja
• Gunakan kemahiran mendengar dan menyoal ketika berkomunikasi.
• Tanyakan soalan-soalan berkaitan sahaja.
• Buat tugasan follow-up yang proaktif dengan majikan
• Dapatkan maklumat yang diperlukan sebanyak mungkin
• Kekalkan hubungan berterusan yang proaktif dengan majikan / syarikat yang didekati.
• Jangan lupa menghantar kad ucapan terima kasih kepada majikan / syarikat selepas anda di temuduga.
TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA
Tingkahlaku dan Adab Semasa Temuduga
1. Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
2. Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri
sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda.
3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan
bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.
4. Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.
5. Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan
itu.
6. Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.
7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.
8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang
dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.
9. Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu
mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.
10. Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah
anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia
bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.
11. Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
12. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
13. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi"
atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda
dan penemuduga.
14. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang
ianya hendak berbuat demikian.
15. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah
dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
16. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
17. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
18. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca
surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
19. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
20. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas
serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan
jangan gunakan bahasa kasar
21. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih
daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
22. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah
selalu menggunakannya
23. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
24. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut
NILAIKAN DIRI ANDA
Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelumdinilaikan oleh penemuduga.
Anda perlu melihat diri anda dari segi :
1. Kelebihan diri sendiri
2. Personaliti
3. Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
4. Kekuatan dan kelemahan
5. Persepsi
6. Pengetahuan Am
7. Pengalaman Kerja
Kebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek di atas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga. Anda pasti mempunyai objektif anda yang tersendiri apabila memohon sesuatu pekerjaan, dan apabila anda dipanggil untuk ditemuduga, anda juga mungkin mempunyai matlamat yang anda ingin capai sekiranya berjaya melepasi temuduga tersebut. Ya, anda sudah tentunya tahu akan objektif anda sendiri.
Tapi tahukah anda akan objektif penemuduga anda? Untuk berjaya dalam temuduga, anda perlulah mengetahui objektif penemuduga anda.
Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga
Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :
1. Kebolehan berkomunikasi yang baik
2. Mempunyai kelayakan yang relevan
3. Bersemangat
4. Berinisiatif
5. Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
6. Berperwatakan menarik

0 comments:
Post a Comment