HIJRAH

Friday, January 08, 2010

Hijrah adalah peristiwa yang amat penting di dalam sejarah Islam sehingga ia dijadikan titik permulaan tahun baru Islam. Hijrah adalah pemisah antara situasi kegelapan kufur jahiliah dan kegemilangan cahaya Islam dan Iman. Peristiwa Hijrah membawa pedoman kepada kita semua tentang betapa pen-tingnya kekuatan iman sebagai asas keutuhan ummah. Dengan Iman Rasulallah s.a.w memupuk persaudaraan , perasaan belas kasihan sesama Islam serta mengagihkan kekayaan sesama sahabat dengan adil dan saksama.

Hal seumpama ini tidak pernah terjadi di dalam sejarah sebelumnya dan tidak logik difikir-kan kerana ternyata kaum Aus dan Khazraj telah berkelahi sesama mereka selama ber-kurun lamanya. Hijrah menyatupadukan Muhajirin, sahabat-sahabat dari Makkah yang lari membawa iman dan Ansar yang terdiri dari Aus dan Khazraj yang telah diikat oleh Rasulallah di dalam satu ikatan aqidah yang kukuh. Firman :

" Dan berpeganglah teguhlah kamu dengan tali Allah ( agama Islam ) dan jangan-lah kamu berpecah belah. Ingatlah kurniaan Allah kepada kamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, lalu dipersatukan hati-hati kamu ( di dalam agama Allah ) sehingga dengan kurniaan Allah itu, kamu menjadi saudara. Dan kamu dahulu berada di tepi lubang neraka, maka dilepaskan Allah darinya. Demikianlah Allah menjelaskan keterangan-keteranganNya kepada kamu supaya kamu ber-taqwa."

( Ali Imran : 103 )

Dengan Iman dan ukhwah, Rasulallah s.a.w dapat menyelesaikan masalah ummah dan menjana kekuatan untuk menegakkan sebuah kerajaan Islam yang pertama di Madinah Al Munawwarah. Antara peristiwa penting yang perlu dilihat di dalam peristiwa hijrah ini ialah bagaimama Rasulallah s.a.w mengorak langkah membina peribadi sahabat dengan iman dan Islam sehingga berjaya menyelesaikan persengketaan politik dalaman, sosial dan juga ekonomi. Telah terkenal di dalam sejarah, Aus dan Khazraj telah bersengketa sehingga peringkat berperang sesama mereka. Bagaimana pun tindakan tersebut tidak menyelesai-kan masalah sebaliknya menyemarakkan lagi perasaan dendam sesama mereka. Disamping itu kaum Yahudi yang telah sekian lama bercita-cita untuk menerajui tampuk pemerinta-han Madinah, menjalankan agendanya dengan melakukan berbagai helah untuk menaikkan diri mereka antaranya mengaut keuntungan ekonomi di atas kelalaian umat Arab berperang sehingga lupa kekuatan ekonomi sebagai asas kemajuan.

Ibarat!
menangguh di air yang keruh, umat Yahudi mengaut keuntungan berlipat kali ganda apabila umat Arab lemah dan dungu akibat politik dalaman dan perang saudara.

Rasulallah dan para sahabat di Makkah ketika itu ditindas oleh pemuka-pemuka Quraisy di Makkah. Lalu baginda mencari arah yang terbaik dengan membawa sebahagian sahabat berhijrah ke Yathrib ( Madinah ). Lalu diikat persaudaraan sahabat dari Makkah itu dengan kaum Aus dan Khazraj di Madinah. Di atas persaudaraan yang baru ini, para sahabat di-tiupkan semangat untuk bersatu dan membangunkan sebuah negara Islam yang tulen. Inilah hikmah hijrah. Ianya membawa satu peralihan. Tetapi sebelum itu ternyata ianya memerlukan banyak pengorbanan terutama para sahabat dari Makkah yang telah me-ninggalkan segalanya untuk pergi menyelematkan iman mereka ke Madinah. Hasilnya, telah terbukti pengorbanan mereka, membawa persaudaraan yang sejati di dalam kehidupan dan berjaya mengatasi masalah ekonomi dan sosial.Masalah kaum Yahudi pula diselesaikan dengan penuh hikmah melalui pengistiharan Madinah menjadi sebuah negara Islam yang memperuntukkan hak kebebasan beragama dan membangunkan ekonomi !
se!
rta menjadi rakyat yang sama-sama wajib mempertahan-kan keutuhan, kestabilan dan keselamatan Madinah. Mereka juga bebas menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan mereka dan boleh meminta jasa baik Nabi s.a.w untuk menyelesaikannya. Demikan diantara kebijaksanaan Rasulallah s.a.w didalam menyelesai-kan masalah ummat. Pelbagai cabaran dan dugaan ditempuh dengan jiwa Tauhid yang menjunam di hati dan ukhwah yang kental di kalangan para sahabat. Daripada hikmah ini dapatlah disimpulkan Rasulallah mengunakan beberapa formula di dalam menyelesaikan masalah masyarakat iaitu :

1) Menanam kembali rasa ketauhidan, rasa kebesaran dan kehebatan Allah s.a.w.. Bila manusia difahamkan kembali peranannya sebagai hamba Allah dan kalifahNya di atas muka bumi, disedarkan bahawa allah yang menghidupkan dan mematikan semua makhluk ter-masuk manusia, menyedari akan nikmat dan azab akhirat itu benar dan pasti terjadi, maka perasaan gerun dan takut itu akan sentiasa mengawal dirinya dari melakukan maksiat dan meningkatkan diri untuk melakukan ketaatan dan mendorong manusia lain berbuat baik. Fenomena ini akan mendorong manusia membuat amal makruf dan nahi mungkar ( menyeru kepada kebikan dan mencegah kemungkaran ).

2) Menanam kembali rasa cinta kepada kehidupan akhirat. Ayat-ayat Allah yang me-nunjukkan akhirat itu lebi kekal dan lebih utama, kenikmatan syurga dan kepedihan neraka di baca untuk menyuburkan jiwa mereka. Rasulallah berjaya melahirkan jiwa-jiwa yang cintakan mati syahid memperjuangkan Islam. Rindu dan cinta hari akhirat sehingga mereka mengorbankan harta yang sebelum ini menjadi keutamaan dan kecintaan hidup mereka.

3) Menanam kembali semangat dan perasaan cintakan sesama manusia terutamanya umat Islam dengan melahirkan contoh dan teladan yang baik di dalam diri. Rasulallah s.a.w bersabda :

" Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia mencintai diri saudara-saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri."

Umat Islam perlu diajak untuk memperbanyakkan khidmat antara satu dengan yang lain. Rasulallah s.a.w bersabda :

" Sebaik-baik manusia ialah manusia yang banyak berkhidmat kepada manusia yang lain."

" Berbuat baiklah kepada sesiapa yang berbuat jahat kepada kamu."

Rasulallah s.a.w sendiri mencetuskan ciri-ciri yang boleh mendatangkan perasaan ukhwah dan contoh teladan yang baik ditengah masyarakat. Sejarah telah merakamkan bahawa banyak para sahabat yang dahulunya kafir di zaman Rasulallah s.a.w tertawan hatinya dengan Islam hanya kerana melihatkan kehebatan akhlak Rasulallah s.a.w. Akhlak umpama bunga wangi yang boleh menarik sesiapa sahaja kepadanya. Masyarakat tidak perlu di-hujah dengan berbagai hujah-hujah ilmiah, tetapi cukup dengan akhlak Islam sahaja mereka mengorbankan agama asal mereka demi untuk menganut Islam.

Iktibar hijrah itu adalah baik untuk kita ambil pengajaran dan hikmahnya. Pergaduhan akibat perselisihan pendapat yang berlaku di dalam negara kita, jika dibandingkan dengan apa yang dialami oleh penduduk Madinah sebelum Hijrah adalah hampir sama. Umat Melayu tidak habis-habis bergaduh disebabkan fahaman politik yang sempit. Dasar Islam yang dilaungkan juga telah diperjuangkan di dalam bentuk yang kasar oleh sesetengah go-longan. Pejuang Islam sendiri nampaknya sombong, takabbur, bercakap banyak dari ber-buat, suka mengata-ngata orang, menghina orang, gila kuasa, gila dunia, bersandar nasib dan rezeki dengan orang lain, tidak boleh berdikari, tidak membangun, konon hendak me-nyelesaikan masalah negara, masalah sendiri pun belum selesai lagi.

Jikalau begitu, sampai bila pun orang tidak akan berani ikut Islam. Mungkin ada yang ikut program ceramah, kempen dan demonstrasi sebagai hobi mengisi masa lapang, tetapi sebagai perjuangan untuk menegakkan agama di segala sudut, belum tentu. Ramai yang ikut ceramah dan demonstrasi, masih lagi tidak sembahyang, tidak tutup aurat dengan sempurna, tidak faham Islam, tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Tidak membangun dengan cara Islam. Kalaulah begitu Islam diperjuangkan, tidak mustahil orang benci dan takut. Hasilnya tidak seperti di harapkan. Hajat hati nak tawan dunia, tapi semakin hari dunia semakin jauh dari kita. Akhirnya Islam hanya tinggal di dalam bentuk namanya sahaja. Apa yang dibangunkan adalah serpihan Islam itu sahaja. Mahu tidak mahu ter-paksalah teruskan juga. Ibarat kata " alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan." Hilang akhlak, hilang saudara, hilang bahagia. Yang ada hanya gila dunia dan gila kuasa.

Manakala golongan yang lain pula, tidak habis-habis dengan maksiat dan kemungkaran yang dilakukan . Gema Islam yang telah melanda di seluruh dunia, adalah igauan ngeri bagi mereka. Masih lagi hendak mempertahan sekularisme yang telah lapuk ditelan zaman. Masih lagi hendak mempertahan ideologi dan isme-isme barat yang karut dan jelas mem-buktikan kehancuran. Kenapa ti kembali sahaja kepada Al Quran dan sunnah ? Yang tentunya datang dari Allah untuk menyelesaikan masalah manusia. Di dalam keadaan Umat Islam bertelagah sesama sendiri dan di dalam dilema mencari identiti, ditiupkan pula de-ngan hasutan rusuhan kaum yang berselitkan perbezaan pandangan dan agama. Di dalam hal ini, tentunya kaum lain yang bukan Islam mengambil keuntungan hasil daripada per-gaduhan dan perbezaan pandangan in, sebagaimana kaum Yahudi mengambil keuntungan di atas pergaduan puak Arab di Madinah sebelum hijrah.

Apakah kita perlu menunggu datangnya peringatan Allah yang keras untuk kita berubah? Tidak cukupkah Peristiwa Hijrah menjadi pengajaran buat kita untuk berubah menjadi bangsa yang maju dan bersatu di bawah panji-panji Islam dan Tali Allah ? Atau kita ingin menjadi bangsa yang terhina dijajah oleh bangsa yang lain di negara sendiri. Hijrahlah ! Demi terbukanya sinar Tahun baru ini.

0 comments:

Post a Comment

Kepada sesiapa yangg ingin post apa-apa artikel, video atau sebarang komen, sila email atau sms kepada sya_i_zz@yahoo.com(012-9432204) atau kepada saudara akmal syahid_akmal@yahoo.com(012-3218987) dan amirul mukminin amer_ktb@yahoo.com (013-2845128)..

Aktiviti Alumni Pada Tahun 2008