DAURAH SYAR'IYYAH -3
Tuesday, October 06, 2009
Daurah Syar'iyyah-3 dgn kerjasama YAKIN& INTIS CONSULTANT&TRANING telah berlangsung selama 3 hari, 7-9ogos, Jumaat-Ahad, di dewan Sekolah Kiblah.
Daurah ini dapat mengumpulkan peserta seramai lebih kurang 60orang, yg rata-ratanya peserta adalah pelajar dari IPT2 di sekitar Malaysia, seperti dari UIA,UM,UTP,UPSI,USM,UITM S.ALAM,IIC GOMBAK serta dari IPT luar Negara seperti UMMUL-QURA,YAMAN&UNI.FLORIDA. tidak ketinggalan juga mereka yg telah bekerja serta alumni dari Sekolah Kiblah turut menyertai daurah ini.
Antara tajuk yg di bentangkan pd daurah kali ini adalah:
(a) “Manhaj ASWJ dan Cabaran Semasa”
[Pembentang: Al-Shaykh Dr Isa, Pensyarah U.Ummul Qura serta Pengarah Maktab Jaliyat, Makkah]
(b) “Praktikaliti Penyatuan Ummah dan Amal Jamā‘ī Selepas Kejatuhan Khalifah Islam Terakhir Menjana Kehendak Globalisasi dan Penipuan New World Order”
[Pemb.entang: Al-Shaykh Dr Isa, Pensyarah U.Ummul Qura serta Pengarah Maktab Jaliyat, Makkah]
(c) “Komplot International ‘New World Order’: Peranan Illuminati Di Sebalik Krisis Kewangan Global Menuju Penghambaan Manusia Sejagat Serta Fungsi Manhaj ASWJ Dalam Menangkis Serangan”
[Pembentang: Ust Ismail Omar, B. Nat. Res. (Hon. Class I) (UNE, Australia), Pengajian Islam (Makkah)]
(d) “Pengenalan Kepada Krisis 'Gadai Janji Subprima' (Subprime Mortgage Lending) dan Peranannya Terhadap Krisis Kewangan Global”
[Pembentang: Ezry Fahmy, B.Econs. (UIAM)]
(e) “Aplikasi Fiqh al-Mu’amalat Dalam Perbankan Islam Moden: Isu-Isu dan Penyelesaian"
[Pembentang: Wan Norhaziki Wan Abd Halim, Dip. Dakwah & Pengajian Islam (Makkah), B.A. (Hons), UIAM, PKMC (IBBM), External Certs. (Kewangan, Pelaburan & Pasaran Modal Islam), LL.M (Undang-Undang Perbankan), UIAM]
(f) “Profesionalisme Dalam Pengurusan dan Pelaksanaan Dakwah al-Sunnah: Satu Perbandingan Kritis Antara Protaz dan Tazpro”
[Pembentang: Ust Abd Razak Abd Muttalib, B.A. (Hadith), Dip. Dakwah & Pengajian Islam (Makkah)]
(g) “Dakwah dan Jihad Dalam Perniagaan Muslim”
[Pembentang: Ust Jaafar Salih, B.A. (B.Arab), Madinah]
(h) “Pengajaran Penting Pengurusan Dakwah Dari Dunia Korporat: Metodologi Profesionalisma”
[Pembentang: Ust Sayed Amir Muzakkir Sayed Mohamad, Dip. Dakwah & Pengajian Islam (Makkah), B.A. (Fiqh), UIAM]
Buat pengetahuan semua, daurah kali ini lebih menumpukan kepada isu semasa seperti krisis kewangan global, puncanya, siapa di sebalik masalah global ini. Tidak ketinggalan juga perkongsian pengalaman dalam berdakwah terhadap golongan korporat, jihad serta dakwah dalam perniagaan, dan yg di tunggu adalah mutiara ilmu dari Mekah, yg di sampaikan oleh Syekh Dr.Isa, perihal peranan manhaj dlm mengharungi masalah-masalah semasa ini serta cabaran yg mesti di ketahui, Syekh juga turut di tanya dgn pelbagai soalan yg bertubi-tubi dengan pelbagai isu, dan beliau berbesar hati telah menjawab soalan-soalan tersebut dan memuaskan hati semua peserta daurah.
Keseluruhannya daurah kali ini adalah amat baik, terima kasih di ucapkan buat pihak Sekolah Kiblah,pelajar&guru-gurunya,(especially U.Zahar) yg telah menyediakan penginapan, dewan serta makan minum&BBQ utk peserta, serta pihak YAKIN, yg merupakan penganjur serta penaja daurah ini. Tidak di lupakan buat pihak Institut Imam Syafie(INTIS) Consultatnt&Traning, yg merupakan penganjur bersama dgn pihak YAKIN bg memastikan kelancaran daurah kali ini.
Kesimpulan bagi daurah kali ini adalah, sebagai umat Islam, kita bertanggungjawab utk mengetahui dgn jelas perkara-perkara yg terjadi di sekeliling kita, tidak sekadar hnya tahu tanpa berbuat apa-apa, bahkan perlu bertindak, kerana ini adalah tanggungjawab kita semua selaku hamba Allah, yg di tugaskan sebagai khalifah atas muka bumi dan pendakwah kepada agamaNYA. Perlu ada tindakan yg sistematik dan komprehensif dalam gerak kerja dakwah yg berasaskan manhaj yg shahih ini.
Insyaallah akan ada lagi program-program ilmu dan dakwah seperti ini yg akan menyusul, kita amat mengalukan penyertaan dari sahabat-sahabat alumni Kiblah utk program seperti ini.
0 comments:
Post a Comment