Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah(1)

Tuesday, October 06, 2009

Oleh: Ustaz Ismail Omar


Prinsip Pertama: Berpegang kepada Manhaj Ar-Rasul sallallahu 'alaihi wasallam sewaktu hidupnya dan manhaj para sahabat selepas darinya. Manhaj itu adalah Al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada RasulNya. Seterusnya RasulNya menerangkan dan menjelaskan kepada sahabat2nya dalam hadis2 sohih. Sekelian muslimin diarah supaya berpegang teguh kepada keduanya iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Firman Allah Ta'ala: "Hai orang2 yang beriman, taatlah kamu sekalian kepada Allah dan taatlah kamu sekalian kepada Rasul, dan janganlah kamu sekalian mambatalkan amal2 kebaikanmu." (Surah Muhammad, ayat 33)

Prinsip Kedua: Tidak mendahulukan perintah/perkataan sesiapapun daripada perintah/perkataan Allah dan RasulNya kerana mereka beramal dengan firman Allah Ta'ala: "Wahai orang2 yang beriman, janganlah kamu melakukan sesuatu perkara sebelum (kamu mendapat hukum atau kebenaran) daripada Allah dan RasulNya." (Surah Al-Hujurat, ayat 1)

Prinsip Ketiga: Kembali kepada kalam/perkataan Allah dan RasulNya dalam sebarang perselisihan atau pertikaian sesuai dengan firman Allah Ta'ala: "Maka jika kamu selisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran) dan arRasul (AsSunnah)." (Surah An-Nisa', ayat 59)

Prinsip Keempat: Tidak fanatik kecuali kepada Allah dan ar-RasulNya yang maksum yang tidak berkata2 menurut hawa nafsunya. Mereka menghormati para imam mujtahid dan mengambil hukum feqh daripada Al-Quran, hadis2 sohih dan daripada pendapat kesemua imam2 mujtahid itu sendiri yang menyuruh meninggalkan mana2 pendapat yang bercanggah dengan Al-Quran dan hadis sohih. Setiap manusia selain daripada Rasul walau betapa tinggi sekalipun martabatnya akan tetap membuat kesilapan seperti dikhabarkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik2 kesilapan adalah mereka yang bertaubat." (Hadis hasan diriwayatkan Imam Ahmad)

Prinsip Kelima: Menghidupkan Sunnah arRasul sallallahu 'alaihi wasallam dalam ibadat, kelakuan dan perjalanan hidup mereka (termasuk para sahabat radiallahu 'anhum ajmai'in). Oleh kerana itu, mereka seolah2 dianggap menjadi orang dagang/asing yang janggal diantara kaum mereka sepertimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: "Sesungguhnya Islam itu bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang sepertimana permulaannya. Maka bergembiralah bagi orang2 yang dagang itu." (Hadis Riwayat Imam Muslim dan lain2)

0 comments:

Post a Comment

Kepada sesiapa yangg ingin post apa-apa artikel, video atau sebarang komen, sila email atau sms kepada sya_i_zz@yahoo.com(012-9432204) atau kepada saudara akmal syahid_akmal@yahoo.com(012-3218987) dan amirul mukminin amer_ktb@yahoo.com (013-2845128)..

Aktiviti Alumni Pada Tahun 2008