Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah(2)

Wednesday, October 07, 2009





Prinsip Keenam: Menganggap tauhid sebagai pengesaan Allah dalam segala jenis ibadat sebagai asas wajib didirikan diatasnya pemerintah/pemimpin/negara/jemaah Islam yang sahih. Wajib dijauhi segala bentuk amalan kufur dan syirik yang terdapat dalam kebanyakan negara2 Islam. Adalah tidak mungkin sama sekali bagi jemaah yang mengabaikan tauhid serta tidak memerangi kufur dan syirik dalam setiap rupa bentuknya untuk mencapai kejayaan kerana ini adalah tugas utama semua para rasul. Mereka juga menolak setiap sistem perundangan pemerintahan ciptaan manusia yang bertentangan dengan hukum syarak (melainkan hukum2 keduniaan seperti pentadbiran, keselamatan, lalu lintas dan lain2). Mereka mengajak berhukum dengan kitab Allah yang telah diturunkannya demi untuk kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat. Hukum2 Allah ini adalah tetap tidak berubah dan sesuai pada setiap zaman. Firman Allah Ta'ala: "Maka sesiapa yang telah tiada berhukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang2 yang kafir." (Surah Al-Maidah, ayat 44)

Prinsip Ketujuh: Mengamalkan amar makruf dan nahi mungkar. (mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kejahatan). Ini kerana Allah Ta'ala berfirman: "Kamu adalah sebaik2 umat yang telah dikeluarkan kepada manusia dengan menyuruh membuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran." (Surah Al-Imran, ayat 110)

Prinsip Kelapan: Mengajak seluruh kaum muslimin berjihad ke jalan Allah. Ia adalah merupakan perkara wajib ke atas setiap orang Islam menurut keupayaan masing2. Berjihad pada jalan Allah itu adalah salah satu daripada 3 cara iaitu: Berjihad dengan lidah dan penulisan, berjihad dengan harta dan yang tertinggi sekali ialah berjihad dengan nyawa/jiwa raga. Sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam: "Berjihadlah kamu terhadap orang2 musyrikin dengan harta benda kamu, jiwa raga kamu dan lidah kamu." (Hadis Sahih riwayat Abu Daud)

Prinsip Kesembilan: Menolak segala jalan2 yang berunsur bid'ah yang melahirkan puak2 panghancur yang memecahbelahkan ummah dengan mengada2kan perkara baru atau bid'ah dalam agama terutama dalam masalah aqidah serta mengajak menjauhi sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Aku mewasiatkan kepada kamu sekalian agar bertaqwa kepada Allah Ta'ala dan mendengar serta taat walaupun yang memerintah kamu seorang hamba habsyi. Kerana sesungguhnya sesiapa yang hidup antara kamu akan menyaksikan perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh kepada sunnahku dan sunnah Khulafa' ar-Rasyidin al-Mahdiyyin (yang mendapat petunjuk dan hidayah). Cengkamlah (gigitlah) ia sekuat2 dengan taringmu. Berwaspadalah kamu sekalian terhadap perkara2 baru (dalam agama) kerana sesungguhnya setiap perkara baru itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu adalah dalam api neraka." (Hadis Sahih riwayat Tirmizi, Nasaie dan Baihaqi)

Prinsip Kesepuluh: Mewajibkan berjemaah sebagai asas kejayaan di dunia dan di akhirat. Mereka menyatukan barisan umat Islam atas dasar aqidah yang betul. Mereka meninggalkan perbalahan dan perselisihan yang boleh membawa perpecahan terutama dalam masalah furu' atau ranting yang remeh. Mereka mengutamakan segala usaha berkerjasama menegakkan manhaj aqidah para Salaf as-Soleh (para ulama' terawal) di muka bumi. Sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam: "Biarkan aku (bertanggungjawab) diatas apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya telah binasa golongan2 sebelum kamu disebabkan banyak persoalan dan perselisihan mereka ke atas nabi2 mereka. Oleh itu, apa yang telah aku larangi kamu sekalian, maka berhentilah (daripada mengerjakannya). Dan apa yang telah aku suruh kamu kerjakan, maka kerjakanlah ia sekadar yang kamu mampu." (Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

0 comments:

Post a Comment

Kepada sesiapa yangg ingin post apa-apa artikel, video atau sebarang komen, sila email atau sms kepada sya_i_zz@yahoo.com(012-9432204) atau kepada saudara akmal syahid_akmal@yahoo.com(012-3218987) dan amirul mukminin amer_ktb@yahoo.com (013-2845128)..

Aktiviti Alumni Pada Tahun 2008