Jamuan Raya & Majlis Perkahwinan di Kiblah

Tuesday, October 13, 2009

Pada 2 oktober yg lalu,pihak Sekolah Kiblah serta YAKIN telah menganjurkan majlis jamuan raya aidlifitri sekaligus meraikan pasangan pengantin baru,syed hasan b.syed omar serta pasangannya sumayyah bte ismail,yg merupakan anak kepada Pengarah Urusan Sekolah Kiblah,u.Ismail Omar.kedua-dua pasangan mempelai ini merupakan bekas pelajar sekolah kiblah yg kini melanjutkan pelajaran di Yaman.
Majlis telah di adakan di dewan serta kantin sekolah kiblah,dgn di hadiri oleh ibu bapa pelajar,pelajar sekolah,alumni,ahli keluarga kedua mempelai,jemputan khas pihak sekolah serta YAKIN dari kalangan ahli lembaga pengarah YAKIN,seperti Tan Sri Hashim Meon dan Haji Fauzi serta ramai lagi
Majlis yg bermula pd pukul 8.00pm hingga 11.00pm itu telah di meriahkan oleh persembahan nasyid oleh pelajar sekolah bagi menjamu halwa telinga buat tetamu yg dating.menu utama pd malam itu adalah nasi tomato,kurma daging lembu,yg di masak khas oleh pihak kantin sekolah serta hidangan ayam dan kambing panggang,yg di panggang dgn bertungkus-lumusnya oleh guru-guru sekolah(termasuk lah u.rosdi yg telah me’warna’kan baju serta tangannya dgn warna arang,trimas ustaz!)
Guru-guru serta kakitangan sekolah dan pelajar tidak menang tangan di buatnya melayan tetamu yg tidak putus-putus,serta masing-masing bergaya dgn baju raya mereka sebagai tuan rumah.begitu juga dgn alumni yg hadir tidak ketinggalan utk bergaya bersama baju melayu masing-masing,sehinggakan ada yg janggal apabila tidak mengenakan baju melayu pd malam tersebut. Buat pengetahuan semua,pasangan pengantin adalah dari batch SPM 2006. antara alumni yg hadir pd malam trsebut ratanya dari batch 2006,2005,2007,2004,2008 serta alumni senior yg merupakan antara batch dari Pedas(maaflah tahun SPM mereka tak di ketahui,namun rasanya sebelum 2000).
Buat pasangan mempelai,syed hasan dan sumayyah,kami alumni sekolah kiblah mengucapkan tahniah buat anda berdua,serta mendoakan kebahagian dan keberkatan dalam mengharungi bahtera perkahwinan,agar kasih hingga ke syurga,serta buat pihak sekolah,tahniah di atas kejayaan menganjurkan majlis yg julung kalinya di adakan di sekolah kiblah, dan terima kasih di atas jemputan serta layanan yg di berikan buat kami,semoga kiblah terus maju dan berjaya,serta sentiasa dlm lindungan ALLAH.


p/s:gambar2 serta video semasa majlis akan di upload kemudian,atau anda blh melihatnya di lamanweb sekolah kiblah.

0 comments:

Post a Comment

Kepada sesiapa yangg ingin post apa-apa artikel, video atau sebarang komen, sila email atau sms kepada sya_i_zz@yahoo.com(012-9432204) atau kepada saudara akmal syahid_akmal@yahoo.com(012-3218987) dan amirul mukminin amer_ktb@yahoo.com (013-2845128)..

Aktiviti Alumni Pada Tahun 2008