Prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah(3)

Tuesday, October 13, 2009




Prinsip Kesebelas: Mempraktikkan agama Islam dengan menyatukan ilmu dan amalan zahir dan batin tanpa memisah antara keduanya sebagaimana yang dipraktikkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabatnya. Firman Allah Ta'ala: "Hai orang2 yang beriman, masuklah kamu semua ke dalam agama Islam sepenuhnya." (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

Prinsip Kedua Belas: Mereka adalah golongan pertengahan dan kesederhanaan. Mereka bukanlah dari puak pelampau atau ekstremis yang meninggi2kan (memuliakan) ataupun merendah2kan seseorang individu, golongan atau pendapat dengan sebarangan tanpa asas agama. Inilah yang dimaksudkan dengan Sirat al-Mustaqim atau Jalan Yang Lurus. Firman Allah Ta'ala: "Sesungguhnya ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutlah ia. Dan janganlah sekali2 kamu ikuti jalan2 (yang lain) yang akan memecah belahkan kamu dari jalanNya." (Surah Al-An'am, ayat 153)

Prinsip Ketiga Belas: Beramal dengan syariat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam. Tiada sesiapa yang boleh terkeluar darinya. Syariat ini adalah mencakupi segenap sudut agama termasuk bidang aqidah, feqah, perancangan, ibadat, akhlaq, politik, kemasyarakatan dan lain2.Firman Allah Ta'ala: "Pada setiap (perkara atau urusan) telah Kami jadikan antara kamu suatu syariat dan manhaj." (Surah Al-Maidah, ayat 48)

Prinsip Keempat Belas: Menyedari penuh akan hakikat perbezaan darjat antara mereka dari segi ilmu, kefahaman dan kesabaran dalam proses pelaksanaannya. Oleh itu terdapat perbezaan pendapat dalam ijtihad2 mereka disebabkan perbezaan tingkatan ilmu mereka berkenaan pemahaman sunnah. Walau apapun, mereka tetap meraikan perbezaan pendapat dalam ijtihad ini dengan menekankan supaya memelihara penyatuan ummat dan menjauhi unsur2 perpecahan. Firman Allah Ta'ala: "Allah meninggikan mereka yang beriman antara kamu dan mereka yang mencari ilmu (para ulama') berlainan darjat." (Surah Al-Mujadalah, ayat 11)

Prinsip Kelima Belas: Mereka adalah campuran manusia biasa. Ada diantara mereka yang benar dan soleh. Ada yang mebuat maksiat disebabkan kelemahan masing2 sama ada disedari atau tidak disedari. Walau apapun, pada keseluruhannya mereka adalah lebih baik jika dibandingkan dengan golongan lain. Firman Allah Ta'ala: "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa sesiapa pun yang mensyirikkanNya, tetapi mengampunkan (segala dosa) yang lain kepada sesiapa yang dikehendakiNya." (Surah An-Nisa', ayat 47)

0 comments:

Post a Comment

Kepada sesiapa yangg ingin post apa-apa artikel, video atau sebarang komen, sila email atau sms kepada sya_i_zz@yahoo.com(012-9432204) atau kepada saudara akmal syahid_akmal@yahoo.com(012-3218987) dan amirul mukminin amer_ktb@yahoo.com (013-2845128)..

Aktiviti Alumni Pada Tahun 2008