Hilangnya Identiti, Imej dan Kekuatan

Thursday, July 23, 2009

Apabila kita melihat umat islam dengan berdasarkan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan As-Sunnah maka kita akan menemukan umat itu sebagai umat lain, bukan sebagai umat Al-Quran yang digambarkankan oleh Allah s.w.t. sebagai umat terbaik dan mampu membawa kepada identiti, imej dan kekuatan umat islam itu sendiri yang dijelaskan alasan terbaiknya kerana mereka menyeru manusia berbuat makruf dan mencegah manusia berlaku mungkar, serta beriman kepada Allah s.w.t.

Adakah umat islam masih bermimpi di malam hari dengan hanya setakat duduk dikerusi dan melepak di kedai kopi sambil menunggu kejayaan di siang hari tanpa memikirkan kesannya pada umat islam yang semakin lama semakin lemah dan mundur atau hanya pandai berpolitik disana sini seakan-akan agama itu melalui jalan politik saja? Adakah kita hanya pandai menuding jari dan melempar-lemparkan tuduhan fitnah yang hanya akan dipandang serong dikalangan umat yang akan merugikan umat islam? Allah s.w.t berfirman : Dan janganlah kamu duduk di tiap-tiap jalan dengan menakut-nakuti dan menghalang-halangi orang yang beriman dari jalan Allah, dan menginginkan agar jalan Allah itu menjadi bengkok. Dan ingatlah di waktu dahulunya kamu berjumlah sedikit, lalu Allah memperbanyak jumlah kamu. Dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerusakan. (Al A'raaf 86). Di sini saya akan cuba membawa beberapa pemasalahan dan keliruan umat islam masa kini seperti:
1) Penyerupaan dan Peniruan
Peniruan tidak boleh diukur pada niat dan tujuan kerana ia adalah perkara batin yang tidak boleh dikesan oleh pancaindera manusia. Sebaliknya peniruan hanya boleh diukur pada penampilan zahir seperti pakaian, pergerakan dan perkataan. Justeru banyak syariat islam didasarkan kepada larangan peniruan zahir. Nabi s.a.w melarang umatnya meniru golongan yahudi sehingga golongan itu berkata, Lelaki ini (Nabi SAW) tidak membiarkan satu pun perbuatan kita sama dengannya. (Riwayat Muslim). Dalam hadis yang lain para Sahabat pernah meminta baginda jadikan untuk mereka sebatang pokok sebagai tempat berkumpul sebagaimana golongan musyrikin pernah jadikan sebatang pokok dikenali Zat Anwat yg digunakan untuk tempat berkumpul dan memohon berkat. Mendengar permintaan itu, Nabi SAW bersabda: Maha Suci Allah permintaan ini sama permintaan Bani Israel kepada Nabi Musa AS: Buatkanlah untuk kami (patung) tuhan sebagaimana mereka juga ada beberapa tuhan.Demi Yang nyawaku di TanganNya! Sesungguhnya kamu akan tiru amalan umat sebelum kamu satu persatu (Riwayat Ahmad dan Tarmizi disahihkan AlBani).Jika diperhatikan hadis ini Nabi SAW sedar bahawa niat dan tujuan Sahabat itu baik kerana pokok yang diminta oleh mereka tidak sama dengan patung yang diminta oleh Bani Israel. Namun peniruan zahir adalah sebahagian daripada komponen penyerupaan meskipun niat dan tujuannya berbeza. Daripada prinsip inilah senaman Yoga diharamkan kerana menyerupai ajaran Hindu meskipun ia dilakukan tanpa mentera dan tanpa matlamat penyatuan dengan Tuhan sebagaimana yoga asli, namun pergerakan dan cara duduknya adalah sejenis peniruan yang menepati sebahagian komponen penyerupaan (tasybih). Namun kemusykilan lebih besar ialah kenapa yoga sahaja yang menjadi sasaran, sedangkan banyak lagi perkara lain juga mengandungi unsur peniruan? Jika senaman yoga diharamkan ke atas umat islam kerana ia sejenis peniruan yang menepati sebahagian komponen penyerupaan, maka biji tasbih zikir juga mirip kepada jibmala (Hindu), rosary (Kristian) dan (wisnuisme) Budha. Begitu juga berzikir serentak beramai-ramai dengan nada lagu dan bermelodi sambil mengayun badan atau kepala menyerupai upacara ‘hymns’ Yahudi dan ‘psalms’ Nasrani. Pemikiran Wahdatul Wujud/ Martabat Tujuh juga mengandungi matlamat seperti yoga tetapi masih berleluasa dan dipertahankan oleh pelbagai pihak samaada golongan agama atau tidak. Apa lebihnya yoga sehingga skripnya terpilih untuk dilakonkan oleh watak-watak yang ingin menunjukkan keprihatinan terhadap aqidah umat ? Umat Islam sering mengalami krisis kehilangan identiti kerana sikap mereka yang suka meniru budaya asing. Hal ini telah digambarkan oleh Nabi SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan ikut cara umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, hatta jika mereka masuk lubang biawak pun nescaya kamu akan mengikutinya.” Sahabat bertanya: Golongan Yahudi dan Nasranikah(yang kamu maksudkan)? Baginda menjawab: (Kalau tidak mereka) Siapa lagi?” (Riwayat Al-Bukari dan Muslim). Apa yang digambarkan oleh Nabi SAW itu benar-benar menjadi kenyataan apabila ramai dari kalangan umat islam pada hari ini gemar meniru budaya bukan Islam. Semakin ramai lelaki ingin menyerupai perempuan meskipun dada mereka rata dan semakin ramai perempuan ingin menyerupai lelaki meskipun mereka tetap berlurah.( Artikel penuh dalam sinar Harian 12/12/2008 , Yoga : Antara penyerupaan dan peniruan oleh Dr Azwira Abdul Aziz )
2) Politik
Anda mahu berpolitik terpulang ,tapi jangan gila berpolitik. Politik adalah sebahagian daripada agama tapi kita telah merubah wajah politik itu semakin mengelirukan dan seakan-akan itulah wajah sebenar politik islam . Adakah politik islam itu kerjanya mengkritik ,memaki , menjatuhkan pemerintah atau hanya sekadar menurunkan harga minyak dan barang saja seperti yang dimahukan oleh kebanyakan rakyat ? Politik walaupun ada persaingan tetapi orang bersaing untuk menceritakan apakah cara terbaik yang boleh dilakukan oleh mereka kepada rakyatnya. Tetapi politik sekarang lebih kepada menceritakan buruk perangai dan mengaibkan seseorang itu seolah-olah parti merekalah yang memperjuangkan islam sebenar. Itu bukan politik islam tapi politik londeh melondeh yang membawa pelbagai kerosakan pada agama ,seperti memfitnah, buruk sangka, dengki ,memaki, seakan-akan perkara itu dihalalkan oleh sebahagian mereka. Firman Allah s.w.t Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan buruk-sangka (kecurigaan), karena sebahagian dari buruk-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang (Al Hujuraat-12). Apabila umat lupa akan nikmat Islam yang Allah kurniakan, maka berlakulah sikap angkuh, sombong serta sikap membela puak (jamaah atau aliran) tersendiri. Sikap inilah menyebabkan umat islam saling berpecah dan bermusuhan sebagaimana yang dapat dilihat pada hari ini. Firman Allah Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.(Ali 'Imran-103).
3) Gejala Sosial
Remaja yang berwawasan adalah tunggak kepada bangsa,agama dan negara. Tetapi perginya remaja sekarang ini hanya sekadar merempit dijalanan seolah-olah dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran dengan melancong di sana sini, dengan pelbagai aksi yang menarik dan akhirnya badan,tangan,kepala entah ke mana.Ini semua hanya membuang masa dan tiada manfaat malah dapat dijadikan satu kesempatan para perniaga untuk menguntungkan lagi kedai kain kapan mereka ,penjualan batu nisan dan pak-pak imam yang bertopengkan agama seolah-olah mereka berniat ikhlas dan jujur tetapi menjadikan agama ini untuk kepentingan diri mereka dengan dicajkan pelbagai bil kepada keluarga simati dalam pengurusan kapan, solat jenazah seakan-akan dapat membawa satu pepatah: ‘lagi banyak rempit lagi banyak untungnya”. Bukan itu saja malah pergaulan yang bebas , berzina dan pasangan yang bercinta buta seolah-olah itulah cinta hakiki mereka. Tetapi ketahuilah bahwa cinta yang hakiki adalah setelah menikah. Adapun selain itu, umumnya adalah cinta yang penuh kepalsuan. Cinta yang dibangun di atas dusta dan kebohongan, semata-mata untuk bersenang-senang memuaskan hawa nafsu yang tak lama kemudian akan nampaklah kenyataan yang sesungguhnya. Berapa banyak suami isteri bercerai dan mereka telah berpacaran sebelum akad pernikahan dan berjanji akan setia berkasih sayang sepanjang zaman? Bahkan berapa banyak pula pasangan yang berzina sebelum sampai pada pelaminnya ? Mereka merasa ada kebebasan dan hak untuk melakukan apa saja sedangkan hak Allah lebih diutamakan dari mereka sebagai manusia ciptaanya. Sabda Nabi SAW "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." (Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)
4) Golongan Agama
Dalam satu hadis yang ringkas Rasulullah SAW bersabda “ Ilmu ini akan dibawa bagi setiap generasi orang-orang yang amanah yang kerja orang amanah ini mempertahankan islam daripada penyelewengan orang-orang yang melampau,tokok tambah kaki ahli-ahli batil dan takwilan orang-orang yang jahil”(Petikan hadis ini diambil dalam wawancara khas dengan Mufti Perlis yang dikendalikan oleh Datuk Johan Jaafar).Inilah tugas ulamak dan golongan agama yang perlu dilakukan untuk mengembalikan ajaran islam itu sendiri. Tapi sesetengah golongan –golongan agama ini hanya menceritakan lawak jenaka, politik , Israiliyyat dan hadis palsu yang hanya menyedapkan telinga didengari oleh pendengar. Kata Dr. Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql: “Qussas mereka itu adalah wu’`azd yang mengadakan majlis-majlis untuk memberi nasihat, yang mana ianya menyanggahi majlis ilmu. Mereka memberi nasihat kepada orang ramai dengan berbagai hikayat, israiliyyat dan seumpamanya yang tidak ada asal usulnya, atau palsu, atau apa yang akal orang awam tidak dapat memikirkannya.” (Nasir bin `Abd al-Karim al-`Aql, Al-Ahwa` wa al-Firaq wa al-Bida’ `ibr Tarikh al-Islam, m.s. 44, cetakan Dar al-Watan, Riyad). Benarlah apa yang dikatakan oleh Dr Asri Zainul Abidin ( Bekas Mufti Perlis) dalam artikelnya "Orang ramai yang jahil menjadi mangsa. Mereka tidak dapat membezakan antara tokoh ilmiah dengan ‘ustaz jadi-jadian’ yang menjadi penceramah segera dengan hanya belajar beberapa hari atau baca beberapa buku melayu, atau terjemahan. Lalu ada yang menghiasi ceramahnya dengan hadith-hadith palsu, fitnah, lawak jenaka, maki hamun yang ada pula pendengar yang sudi menadah telinga untuk mereka. Jika keadaan ini dibiarkan, entah berapa ramai lagi ‘Sharil Long’ yang akan muncul. Rosaklah kemurnian masjid dan surau". Lebih mendukacitakan ada sebahagian penceramah menjadikan masjid dan surau untuk mempromosikan barang-barang jualan mereka.Bukan saja golongan agama bahkan ada sebahagian masyarakat mempergunakan atas nama agama untuk mencari wang dengan dijualnya air dan barangan jampi yang pelik.Sehingga ada yang membuat bisnes tertentu yang dijampi secara tulisan dan bacaan dengan harapan boleh menjadikan seseorang itu dari jahat menjadi baik, orang tidak cerdik menjadi cerdik dan berbagai fadhilat-fadhilat pada air tersebut.Jika benarlah golongan-golongan seperti ini jujur dan ikhlas mengapa tidak dijampi saja empangan-empangan air dan di lautan di negara ini agar semua rakyat menjadi baik dan cerdik ? Kalau sekiranya benar minuman air itu boleh menjadikan seseorang cerdik, maka sudah tentu Nabi dan para sahabat akan mendahului kita melakukannya. Ini kerana di kalangan sahabat juga ada yang kuat hafalan dan ingatannya dan ada pula yang lemah dan kurang kuat ingatannya. al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya meriwayatkan kisah Abu Syah yang mendengar khutbah Nabi saw, tetapi beliau tidak mampu menghafalnya, lalu beliau meminta Nabi saw menuliskan untuk beliau isi kandungan khutbah tersebut, Nabi sawpun bersabda: “Tulislah kamu semua (isyarat kepada sahabat yang lain) untuk Abu Syah.”Ini menunjukkan Nabi mengarahkan kepada usaha yang boleh membantu ingatan dan hafalan iaitulah dengan menulis. Abu Syah bukanlah seorang yang boleh menulis, walaupun demikian Nabi saw tidak pernah penyuruh beliau membaca Yasin atau apa surah pada air zam-zam (atau air yang lain) untuk menguatkan hafalan dan ingatannya, sebaliknya Nabi saw menyuruh sahabat lain menulis untuknya. Kalau baca surah tertentu pada air itu boleh bagi seseorang itu pandai, kuat ingatan dan hafalan sudah tentu Nabi saw akan lakukannya atau menyuruh Abu Syah melakukannya. Tidak dinafikan memang wujud hadis-hadis yang menunjukkan kepada adanya persoalan jampi. Namun bukanlah sehingga diperluaskan skopnya dan malah hingga ianya dikomersilkan hingga meluas.
5) Taksub
Sikap taksub pada parti, mazhab dan jamaah atau aliran tertentu adalah salah satu punca melemahkan kekuatan umat islam kerana taksublah pemikiran umat islam menjadi jumud yang menyanggahi norma-norma keilmuan yang menuntut keluasan minda dan penelitian fakta. Dr. Yusof al-Qaradawi dengan jelas dalam masalah ini menyebut ini menyebut: “Golongan yang taksub ini tidak membolehkan sesiapa yang mengikut sesuatu mazhab keluar daripadanya, sekalipun dalam beberapa masalah yang jelas kepada pengikut mazhab bahawa dalil mazhabnya lemah. Sehingga mereka menyifatkan sesiapa yang keluar mazhab sebagai tidak berpendirian. Perbuatan ini sebenarnya mewajibkan apa yang tidak diwajibkan oleh Allah SWT. Seakan-akan menganggap imam-imam mazhab mempunyai kuasa membuat syariat dan perkataan mereka adalh hujah syarak yang dipegang dan tidak boleh dibangkang. Ini sebenarnya menyanggahi tunjuk ajar imam-imam mazhab itu sendiri kerana sesungguhnya mereka telah melarang orang ramai bertaklid kepada mereka atau selain mereka. Ini juga menyanggahi apa yang dipegang oleh golongan salaf umat ini iaitu para sahabat dan mereka yang selepas sahabat sepanjang kurun-kurun yang awal yang merupakan sebaik-baik kurun dan paling dekat kepada petunjuk Nabi. Justeru, para ulama besar umat ini dan para muhaqqiqnya (penganalisis) membantah sikap melampau dalam taklid mazhab yang menyamai apa yang dilakukan oleh ahli kitab yang mengambil paderi dan pendeta mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah.” (Dr. Yusof al-Qaradawi, As-Sahwah al-Islamiyyah bain al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa at-Tafarruq al-Mazmum, hlm. 202, Kaherah: Dar as-Sahwah)
Faktor Penyebab
Apakah punca permasalahan dalam masyarakat umat islam sekarang ini yang tidak sama seperti umat-umat terdahulu? Dimanakah penyebabnya ? Dan saya katakan bahawa “Daripada keruntuhan akidah maka berlakulah keruntuhan ekonomi, perpecahan umat,hilangnya keaslian agama, fitnah memfitnah, sosial ,kebudayaan berlakunya masalah umat dan pelbagai masalah akan terjadi jika tidak dibendung dari akar umbinya.Ia samalah seperti akar pokok yang tidak kukuh akan menghasilkan dahan-dahan yang tidak membuahkan hasilnya”. Sebab itu dalam ajaran islam teras akidah memainkan peranan yang sangat penting dalam meyatupadukan umat islam untuk saling bekerjasama. Itulah teras dan asas yang perlu di jaga. Bila kukuhnya akar dari situ dapat mengukuhkan lagi persaudaraan dalam islam dan menjadi umat yang bertamadun,bekerjasama tidak kira ketika umat islam ditindas atau dihina,dapat membangunkan ekonomi umat islam, kebudayaan,pemikiran dan ilmu. Sedangkan akidah kita terhadap kalimah La ila illa Allah bukan sekadar percaya Allah itu wujud dan bersifat dengan sifat-sifatNya yang sempurna. Bahkan La ilah illa Allah adalah seruan untuk mengabdikan diri kepada Allah. Hukum-hakam syarak dibina di atas tuntutan ini. Dengan hilangnya teras La ilah illa Allah maka penyampaian hukum-hakam syarak menjadi hambar dan hilang kekuatan terasnya. Sebab itulah khurafat , syirik,tangkal menangkal dan bid ah perlu di benteras untuk mengukuhkan akidah umat islam secara tidak langsung dapat mendekatkan hubungan kita dengan Allah dan dari situ dapat memajukan ummah yang bertanggungjawab dan bekerjasama.Kemenangan tidak akan datang selagi akidah dan tawakal umat kepada Allah tidak disucikan kembali. Firman Allah s.w.t : Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan. (al-Ahzab -71).
-Allahu a’lam-
Muhammad Fakhruddin Bin Ismail
Bachelor In Accounting (HONS)-Candidate
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

RABITAH KIBLAH YEMEN

Thursday, July 23, 2009

Bismillah Ar-rahman Ar-rahim

RABITAH KIBLAH YEMEN (RAKIB YEMEN)

Alhamdulillah setinggi kesyukuran dirafa’kan kehadrat ilahi atas nikmat iman dan Islam.Semoga kita semua tetap istiqomah di atas Dien ini dan berterusan mendapat pelindungan juga rahmat dari Allah swt.

Rabitah Kiblah Yemen atau RAKIB YEMEN merupakan persatuan yang terbina di bawah naungan satu badan kebajikan iaitu Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN) di Malaysia.Rabitah memberi makna Jalinan atau Ikatan manakala makna Kiblah kembali kepada sesiapa sahaja individu yang pernah bersama dan pernah menimba ilmu di sekolah Kiblah.Disamping itu, kalimah Yemen merupakan satu negeri yang terletak di semenanjung tanah arab dan merupakan salah satu destinasi yang di pilih oleh pihak Sekolah Kiblah sebagai medan untuk mendalami ilmu agama dengan fahaman yang soheh kepada pelajar lepasan Sekolah Kiblah.

Matlamat atau Hadaf utama persatuan ini di tubuhkan adalah bertujuan untuk membina para Da’ie dan Da’ieyah yang bersumberkan fahaman Islam yang sejati sebagaimana yang di salurkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat-sahabatnya ra.

RAKIB YEMEN merupakan satu persatuan yang bertindak menjaga kebajikan dan memelihara sahsiah para pelajar lepasan Sek.Kiblah yang berada di Yaman.Disamping itu ,RAKIB YEMEN juga mengatur beberapa aturcara dan tentatif yang bersesuaian kepada para pelajar sebagai pengisian ilmu dan persediaan awal para pelajar sebelum memasuki ke medan dakwah apabila pulang ke tanahair nanti.Antara aktiviti-aktiviti yang di aturkan,seperti berikut :

Harian :

• Solat Berjemaah
• Mengikuti Pengajian sepanjang setengah hari di Markaz/Pusat Dakwah.
• Mengikuti Halaqoh Quran dan Hafalan Al-Quran.
• Kelas Tambahan bagi subjek Nahu dan Sorof.

Mingguan :

• Ta’lim Usbuie (Latihan Berpidato dan Berceramah)
• Kuliah Subuh.
• Ehya’ As-Sunnah (Puasa Isnin dan Khamis).
• Gotong-royong.
• Riyadhoh.

Bulanan :

• Lawatan Sambil Belajar
• Musyawarah Ahli Jawatankuasa.

Tahunan :

• Program di bulan Ramadhan.
• Sambutan Aidilfitri dan Aidil Adha.
• Pembaharuan Visa Belajar.

Panduan Berinteraksi Khilaf Ulama

Wednesday, July 22, 2009

Oleh Ust Abu Umair
http://abuumair1.wordpress.com/2009/01/04/panduan-berinteraksi-dengan-khilaf-ulama/

Sebagai orang awam yang bukan bertaraf mujtahid, kadangkala kita merasa kebingungan apabila berdepan dengan suatu masalah feqah yang ada perselisihan pendapat. Kerana bagi orang awam, apabila berdepan dengan satu masalah feqah yang tidak diketahui hukumnya, dia mesti merujuk kepada para ulama untuk mendapatkan penyelesaian. Inilah yang diarahkan oleh al-Quran dalam ayat yang bermaksud, “Maka bertanyalah kepada ahli zikir (ulama) seandainya kamu tidak mengetahui” (Al-Nahl: 43).

Tetapi, bagaimana pula jika antara jawapan para ulama, para mufti, atau para ustaz terdapat percanggahan antara satu sama lain? Yang mana satukah yang paling betul untuk dipegang? Adakah boleh dia memilih mana-mana pendapat mengikut kesesuaian dirinya? Atau dia wajib memilih pendapat yang paling sahih? Jika wajib memilih pendapat paling sahih, bagaimana seorang awam mampu menilainya sebagai sahih?
Penyelesaian kepada persoalan ini ialah perlunya kita mengetahui kaedah berinteraksi dengan khilaf ulama. Kaedah-kaedah ini dibuat supaya orang awam tidak kebingunan dan akhirnya mengambil jalan mudah iaitu pilih mana-mana pendapat yang disukai. Memilih mana-mana pendapat tanpa ada prinsip adalah satu tindakan yang salah. Ia ditegah oleh sekalian ulama.
Ibn as-Solah berkata, “Ketahuilah, sesiapa yang memadai dalam fatwa dan amalannya dengan mengikuti satu-satu pendapat dalam suatu masalah, dan beramal dengan mana-mana pendapat yang disukai, tanpa melihat dan bergantung kepada kajian dalam mentarjihkannya, maka sesungguhnya dia adalah jahil dan melanggar ijmak”.
Manhaj yang perlu dilalui dalam menyaring dan memilih pendapat para ulama, ialah berpandukan kaedah-kaedah di bawah:
PERTAMA: Apabila terserlah bahawa satu-satu pendapat lebih kuat dan rajih berbanding pendapat-pendapat lain, berdasarkan dalil masing-masing, maka hendaklah memilih pendapat yang paling kuat dalilnya.
Bagi orang awam, dua orang mujtahid yang berselisih pendapat diibaratkan sebagai dua dalil yang bercanggahan. Sebagaimana seorang mujtahid wajib membuat pemilihan antara dalil-dalil, begitulah seorang awam mesti membuat pemilihan antara pendapat dua orang mujtahid.
Timbul persoalan, bukankah orang awam tidak mampu untuk mentarjih (memilih pendapat)? Ya, Orang awam tidak dituntut mentarjih seperti kaedah mujtahid mentarjih. Ia cukup rumit. Orang awam hanya mentarjih antara dua pendapat yang muktabar. Lagipun, tidak benar mengatakan orang awam langsung tidak mempunyai kemampuan memilih atau memahami dalil. Walaupun tidak menyamai taraf mufti dan mujtahid, sekurang-kurangnya dengan mendengar hujahan mereka, seorang awam dapat membuat keputusan pendapat mana yang dilihat kuat.
Jika tidak mampu untuk melihat kekuatan pendapat berdasarkan hujahan masing-masing, maka hendaklah berpindah kepada kaedah seterusnya.
KEDUA: Mengambil pendapat majoriti ulama, dan ditarjihkan oleh ramai ahli ilmu. Kerana dengan cara memilih pendapat kebanyakan ulama, kemungkinan untuk berlaku kesilapan adalah lebih tipis, berbanding dengan mengambil pendapat yang dipilih oleh segelintir atau beberapa ulama sahaja.
Jika kaedah ini tidak dapat diaplikasi disebabkan bilangan yang sama atau hampir sama, sehingga tidak kelihatan salah satu pendapat mempunyai kelebihan dari sudut bilangan mujtahid yang mendokongnya, maka hendaklah berpindah kepada kaedah yang seterusnya.
KETIGA: Mengambil pendapat ulama yang dilihat lebih tinggi ilmunya dan kelihatan lebih warak dan bertaqwa daripada yang lain. Kerana taqwa kepada Allah adalah salah satu faktor mendapat petunjuk Allah kepada pendapat yang lebih benar.
Ketinggian ilmu dan ketaqwaan seseorang ulama boleh diketahui berdasarkan kemasyhurannya, rujukan penuntut ilmu terhadapnya, atau melalui pengalaman kita mendengar dia menjawab soalan dan menyebut hujahan.
Jika orang awam tidak mengetahui perihal keilmuan dan ketaqwaan antara muft-mufti, dan baginya mereka sama sahaja, maka hendaklah berpindah kepada kaedah seterusnya.
KEEMPAT: Mengambil pendapat yang paling berjaga-jaga atau paling selamat (Ihtiyath). Contohnya, mufti A berfatwa hukum sesuatu masalah ialah wajib, dan mufti B berfatwa hukumnya sunat. Berdasarkan kaedah ini, hendaklah memilih pendapat mufti A kerana ia lebih berjaga-jaga. Begitu juga antara fatwa haram dan harus, hendaklah memilih fatwa haram kerana lebih selamat.
Diriwayatkan bahawa Al-Laits bin Saad berkata, “Apabila datang perselisihan, kami mengambil yang paling ihtiyath (berjaga-jaga atau selamat)”.
Jika kaedah mengambil langkah jaga-jaga tidak boleh digunakan kerana tidak jelas, atau mengambil pendapat yang berjaga-jaga membawa masyaqqah, maka bolehlah berpindah kepada kaedah terakhir.
KELIMA: Mengambil pendapat yang paling mudah antara pendapat-pendapat yang muktabar. Kerana dimaklumi bahawa syariat Islam dibina di atas prinsip memudahkan dan tidak memberatkan umat. Banyak ayat-ayat Quran dan hadis yang menjelaskan prinsip ini. Nas-nas itu menjadi saksi bahawa boleh mengambil pendapat yang paling ringan dalam situasi kepayahan.
Tetapi kaedah memilih pendapat paling ringan hanya boleh diaplikasi setelah keempat-empat kaedah sebelum itu tidak dapat digunakan. Jangan terlalu mudah melangkah kaedah-kaedah tersebut untuk mencapai kaedah terakhir ini. Seseorang yang terlalu kerap menggunakan kaedah mengambil pendapat mudah, perlu memperbanyakkan muhasabah adakah dia benar-benar memahami manhaj ini?
PENUTUP:
Demikian manhaj yang perlu dilalui oleh seseorang yang bukan mujtahid dalam berinteraksi dengan kepelbagaian pendapat di hadapannya. Lima kaedah yang perlu diikuti, supaya pemilihan satu-satu pendapat adalah berdasarkan prinsip dan bukan hawa nafsu semata-mata. Lima kaedah tersebut ialah:
i- Yang disokong oleh dalil.
ii- Yang disokong oleh majoriti.
iii- Yang lebih alim dan bertaqwa.
iv- Yang lebih berjaga-jaga.
v- Yang lebih ringan.
Wallahu A’lam.
Rujukan:
- Ikhtilaf Al-Mufteen, oleh: as-Syeikh as- Syarif Hatim

4 Imam Dalam Mengikuti Sunnah(1)

Monday, July 20, 2009

Kiranya sangat bermanfaat untuk disajikan di sini sedikit atau sebagian perkataan imam-imam mazhab yang EMPAT, dengan harapan, semoga di dalamnya terdapat pelajaran dan peringatan bagi orang yang mengikuti mereka, bahkan bagi orang yang mengikuti selain mereka yang lebih rendah darjatnya dari taqlid buta, dan bagi orang yang berpegang teguh kepada madzab-madzab dan perkataan-perkataan mereka, sebagaimana kalau madzab-madzab dan perkataan-perkataan itu turun dari langit.

`
Allah Subhanahu Wa Taala, berfirman: "Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhan-mu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainnya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (dari padanya)". (QS. Al-Araf :3)

I. ABU HANIFAH
Yang pertama-tama di antara mereka adalah Imam Abu Hanifah An-Numan bin Tsabit. Para sahabatnya telah meriwayatkan banyak perkataan dan ungkapan darinya, yang semuanya melahirkan satu kesimpulan, iaitu kewajiban untuk berpegang teguh kepada hadith dan meninggalkan pendapat para imam yang bertentangan dengannya.

1. "Apabila hadits itu sahih, maka hadith itu adalah madzhabku." (Ibnu Abidin di dalam Al-Hasyiyah 1/63)

2. "Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya". (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Intiqau fi Fadha ilits Tsalatsatil Aimmatil FuqahaI, hal. 145)

3. Dalam sebuah riwayat dikatakan: "Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku".

4. Di dalam sebuah riwayat ditambahkan: "Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan meralatnya di esok hari".

5. "Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan khabar Rasulullah salallahu alaihi Wa Sallam, maka tinggalkanlah perkataanku". (Al-Fulani di dalam Al-Iqazh, hal. 50)


II. MALIK BIN ANAS
Imam Malik berkata:
1. "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan kitab dan sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan sunnah, tinggalkanlah". (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami, 2/32)

2. "Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Salallhu Alaihi Wasallam". (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)

3. Ibnu Wahab berkata, "Aku mendengar bahwa Malik ditanya tentang menyelang-nyelangi jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, "Tidak ada hal itu pada manusia. Dia berkata. Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurang, kemudian aku berkata kepadanya. Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu, maka dia berkata: Apakah itu? Aku berkata: Al-Laits bin Saad dan Ibnu Lahiah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al-Maafiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadith kepada kami, ia berkata, "Aku melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam menunjukkan kepadaku dengan kelingkingnya apa yang ada diantara jari-jari kedua kakinya. Maka dia berkata, "Sesungguhnya hadith ini adalah Hasan, Aku mendengarnya hanya satu jam. Kemudian aku mendengarnya, setelah itu ditanya, lalu ia memerintahkan untuk menyelang-nyelangi jari-jari. (Mukaddimah Al-Jarhu wat Tadil, karya Ibnu Abi Hatim, hal. 32-33)

Mereka Memilih ISLAM(2)

Sunday, July 19, 2009

Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)

Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik dari Kanada)
Dr. Ingrid Mattson berasal dari Kanada. Beliau mendapat ijazah dalam bidang falsafah di University of Waterloo, Ontario, pada tahun 1987. Pada asalnya beliau Dr. Ingrid Mattsonmenganuti agama Kristian Roman Katolik namun disebabkan beliau tidak berasa damai dan tidak berasa dekat dengan Tuhan beliau terus mengkaji demi mencari kebenaran hakiki. Pencariannya membawanya kepada Islam dan ketika berumur 23 tahun beliau memeluk Islam. Solatnya yang pertama begitu bermakna baginya kerana ketika itulah, buat pertama kalinya, beliau berasa begitu dekat dengan Tuhan.
Pada tahun 1999 beliau memperoleh ijazah PhD dari University of Chicago dalam bidang Pengajian Islam. Pengalaman beliau merangsangnya untuk menulis pelbagai artikel bertujuan untuk membetulkan tanggapan negatif sebahagian masyarakat antarabangsa terhadap Islam. Artikel-artikel tulisan beliau banyak memfokuskan kepada aspek undang-undang Islam dan kerelevanannya dengan masyarakat sekarang, isu berkaitan gender dan kepimpinan serta isu-isu semasa yang melanda umat Islam masa kini. Di samping itu beliau sering di undang untuk bercakap di TV serta forum-forum antarabangsa berkaitan isu yang melanda umat dan agama Islam.
Pada hari ini Dr. Ingrid Mattson merupakan Pengarah kepada projek yang dikenali sebagai Islamic Chaplaincy. Beliau juga adalah Profesor di Macdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary, Hartford, CT. Pada tahun 2006 beliau dilantik menjadi Presiden kepada Pertubuhan Islam Amerika Utara (ISNA).
Rujukan: http://macdonald.hartsem.edu/mattson.htm

Jang (Bangsa China)
Jang berasal dari negara China. Beliau menceritakan kepada staf IslamOnline bahawa perjalanannya kepada Islam bermula dengan isu pengharaman khinzir Jang(babi). Beliau berasa pelik mengapa Islam mengharamkan babi lantas beliau membuat kajian tentangnya dengan membaca beberapa majalah perubatan moden dan perubatan China tradisional. Beliau mendapati beberapa saintis mengatakan daging babi menyebabkan tidak kurang daripada 70 penyakit. Malah perubatan China tradisional juga membuat konklusi yang lebih kurang sama dengan mengatakan bahawa daging khinzir adalah antara makanan yang amat berbahaya bagi kesihatan manusia.
Selepas memeluk Islam Jang memilih nama Selim sebagai nama Islamnya sekali gus mengikut jejak langkah lebih kurang 30 juta Muslim yang terdapat di negara China pada hari ini.

Mereka Memilih ISLAM(1)

Friday, July 17, 2009

Kisah-kisah pengislaman Dr. Murad Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang, Diplomat) / Dileep Kumar (Hindu, Tokoh Muzik Bollywood) / Dr. Ingrid Mattson (Roman Katolik, Pakar Pengajian Islam) / Jang (dari Negara China)
Dr. Murah Hofmann (Roman Katolik, Pakar Undang-undang dan Diplomat)
Dr. Murad Hofmann dilahirkan pada tahun 1931 dalam sebuah keluarga Roman Katolik. Beliau memperoleh ijazah pertamanya di Union College New York dan Dr. Murad Hofmannijazah PhD dalam bidang perundangan di Munich University pada tahun 1957. Pada tahun 1960 beliau memperoleh pula ijazah LL.M. dari Harvard Law School. Beliau dilantik menjadi Pengarah Penerangan bagi NATO di Brussels dari tahun 1983 hingga 1987. Pada tahun 1987 beliau dilantik menjadi Duta Jerman ke Algeria dan pada tahun 1990 pula menjadi Duta ke Morocco

Dr. Murad Hofmann memeluk Islam berdasarkan beberapa pengalaman dan pengamatan. Antara sebabnya ialah pengalaman beliau di Algeria di saat berlakunya pertembungan antara tentera Perancis dengan kumpulan gerila dari kumpulan Algerian National Front.yang menuntut kemerdekaan bagi Algeria. Beliau melihat penderitaan yang dialami umat Islam yang memperjuangkan kemerdekaan ini serta kesabaran yang mereka miliki. Beliau meyakini kesemuanya terhasil kesan dari ajaran Islam yang mulia. Bermula tarikh itu Dr. Murad mula mengkaji al-Quran tanpa henti.
Sebab kedua beliau memeluk Islam ialah kefahaman beliau yang mendalam tentang ajaran Kristian. Beliau mendapati terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dipercayai oleh orang Kristian awam dengan apa yang diajar oleh profesor agama Kristian di universiti. Beliau tidak boleh menerima ajaran St. Paul yang amat berbeza dengan ajaran nabi Isa yang asal sedangkan, kata belilau, “St. Paul tidak pernah bertemu nabi Isa maka bagaimana dia berani mengubah ajaran nabi Isa?”
Di samping itu beliau juga tidak boleh menerima hakikat bahawa setiap orang dilahirkan dalam keadaan berdosa, seperti yang terkandung dalam konsep Original Sin dalam ajaran Kristian, dan nabi Isa perlu mati kerana dosa-dosa itu. Beliau berasa pelik tentang mengapa ‘Anak Tuhan’ perlu disalib dengan kejam untuk membersihkan manusia daripada dosa yang mereka sendiri lakukan.
Pada tahun 1980 beliau memeluk Islam. Beliau berkata, “Seorang Muslim hidup tanpa pemujaan kepada makhluk. Dia tidak menyembah Tuhan dengan perantaraan Jesus, Mary atau wali-wali tertentu, sebaliknya dia menyembah Tuhan secara langsung. Justeru seorang Muslim merupakan seorang yang merdeka dalam erti kata yang sebenarnya.”
Rujukan: http://www.islamreligion.com/articles/124/

Dileep Kumar (Agama Hindu, Tokoh Muzik Bollywood)
Dileep Kumar dilahirkan pada tahun 1966 di Madras, India. Beliau adalah penganut agama Hindu dan memperoleh ijazah dalam bidang Western Classical Dileep KumarMusic dari Trinity College of Music, Oxford University. Beliau amat popular di India melalui muzik ciptaannya yang merevolusikan muzik Bollywood di India. Semuanya bermula pada tahun 1992 apabila beliau diberikan kepercayaan untuk mencipta muzik dan lagu bagi filem Roja. Beliau berjaya menyerlahkan bakatnya sehinggakan lagu Tamizha Tamizha dalam filem ini menjadi pujaan ramai. Kebolehan beliau memang mengagumkan kerana beliau berjaya menggabungkan unsur-unsur pop, Bach, Beethoven, Mozart, reggae, rock serta muzik Hindu klasik dalam muziknya. Kerana kehebatannya itu beliau menggondol anugerah sebagai Pengarah Muzik Terbaik sebanyak tiga kali.
Pada tahun 1988 Dileep Kumar mengalami satu pengalaman yang pelik, iaitu, ketika berada di Malaysia beliau bermimpi menemui seorang lelaki tua yang menyuruhnya memeluk Islam. Beliau pada mulanya tidak mempedulikan mimpi itu namun apabila, selepas itu, mimpi yang serupa datang berulang-ulang kali dalam tidurnya, beliau mula memandang serius terhadapnya. Minatnya terhadap Islam terus meningkat dan kemuncaknya ialah ketika salah seorang adik perempuannya mengalami sakit tenat pada tahun 1988. Rawatan demi rawatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit adiknya sehinggalah mereka bertemu dengan seorang tokoh agama Islam. Secara yang tidak diduga, penyakit adiknya sembuh selepas tokoh agama itu berdoa kepada Allah. Pada tahun 1989 Dileep Kumar dan keluarganya memeluk agama Islam dan beliau menukar namanya kepada Allah Rakha Rahman.
Antara pengalaman yang tidak boleh beliau lupakan ialah pada tanggal 6 Januari 2006 yang merupakan tarikh hari jadinya. Ketika itu beliau berada di Masjid nabi di Madinah. Beliau berkata, “Itulah hadiah hari jadi saya yang paling berharga. Selama sehari suntuk saya beribadah di dalam Masjid Nabi dan apa yang saya rasai tidak ada tolok bandingannya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah.”
Rujukan: http://www.arabnews.com/?page=1&section=0&article=76202&d=13&m=1&y=2006&pix=kingdom


Hasil Nukilan :

Dr. Danial Zainal Abidin
dzcsyifa@streamyx.com
http://danialzainalabidin.com
Sumber: http://www.danialzainalabidin.com/2008/05/15/mereka-memilih-islam

Apa itu Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah?

Friday, July 17, 2009

Apa itu Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah?

Yang pertama, ikut Rasulullah
Dari aqidah ke ibadah semua ikut sunnah
Yang kedua, contohi para Sahabat

Tak pernah persoal kelebihan diorang dapat
Yang ketiga, dia contohi tabi'in
Anak murid sahabat tak sama dengan yang lain
Yang keempat, tabi' tabi'in tak lupa
Mereka pengikut tabi'in ikut jalan serupa
A.S.W.J jaminan syurga kepada Ahlu Sunnah
Wal Jamaah bukan sekadar gelaran bermegah
Tunjang bagi aqidah, ibadah dan muamalah
Siapa ikutan, Apa pegangan
Mencari identiti diri erti kehidupan
Bertemankan Al-Quran di lorong Sunnah
Memahami sumber dengan pola fikir salaf
Generasi terbaik yang telah diiktiraf
Mengagungkan wahyu di atas aqal
Beriman dengan nas tanpa mempersoal
Berjaga dalam lisan dan juga perbuatan
Sentiasa memilih jalan yang pertengahan
Ini tuntutan beramal secara keseluruhan
Ini mesti dikaji, mesti dipelajari
Sebab kebenaran itu lebih layak diikuti

Nabi Ajarkan,Aku Amalkan,
Nabi Tinggalkan,Aku Jauhkan
Ahlu Sunnah Jadi Gelaran
Quran & Sunnah Jadi Pegangan

Apa kepentingan ikut Sunnah?
Tanpa kita sedari ia syarat beribadah
Ingat cukup sekadar ikhlas fi Sabilillah?
Jika begitu apa guna diutus Rasul Allah
Sunnah diamalkan bukan sebarang Sunnah
Sunnah digigit hatta gigi geraham patah!
Bukan sekadar ucapan dipraktik dengan amalan
Bukan sekadar igauan dijanji kemanisan iman
Kini dipandang asing dalam perkara ranting
Berpaut pada hujah bukankah itu yang penting?
Kalam manusia boleh diterima boleh juga ditolak
Kecuali kalamullah dan petunjuk Nabi
Duanya wahyu tertinggi tak ramai kita imani
Beralasan itu ini,Inilah pegangan yang harus kita sedari
Dan ini pula ciri-ciri yang perlu dihayati Nabi Ajarkan,Aku Amalkan,
Nabi Tinggalkan,Aku Jauhkan
Ahlu Sunnah Jadi Gelaran
Quran & Sunnah Jadi Pegangan Ibn Yusof 10 Disember 2008/12 Zulhijjah 1429 1.00 p.m www.ibnyusof.blogspot.com
www.al-ahkam.net

Ucaptama Konvesyen SUNNAH Ke4

Wednesday, July 15, 2009

UCAPTAMA KONVESYEN SUNNAH KE4:
Membina Jambatan Perhubungan
Antara Bahana Ghurbah dan Kabus Dakhan
Oleh:
Dr. Azwira Abdul Aziz
Dianggarkan hampir 100 NGO yang dikaitkan dengan Islam wujud di Negara ini. Aktiviti mereka merangkumi pelbagai bidang termasuk pendidikan, dakwah, kebajikan dan perubatan. Matlamat mereka sama, untuk Islam, tetapi pendekatan berbeza. Kegagalan bersuara secara lantang dan padu dalam isu-isu yang membabitkan Islam, membuktikan kelemahan ikatan.

Orang beriman mengimpikan kesatuan hati, pemikiran dan amal, antara gerakan Islam. Namun, hakikatnya mimpi itu seakan sukar menjadi kenyataan. Banyak faktor yang menjadi halangan kesepakatan. Kebanyakan NGO Islam hanya menumpukan perhatian terhadap aspek tarbiah, tanpa menekankan aspek tasfiah (pemurnian/purification). Sedangkan dakwah tanpa tasfiah menghasilkan kebaikan berunsur dakhan (kebaikan yang dikabusi bid’ah).
Nabi s.a.w. memberitahu Huzaifah r.a. bahawa kebaikan generasi selepas baginda akan diselubungi dakhan. Huzaifah bertanya apakah dakhan itu? Lalu baginda menjawab: “(Adanya) Golongan yang tidak mengikut sunnahku dan tidak berhidayah dengan petunjukku, kamu tahu pada mereka ada kebaikan dan ada kemungkaran”. (Al-Bukhari, No.: 3411 & 6673, Muslim, No.: 1847).
Walaupun Negara ini dipenuhi NGO Islam, tetapi NGO-NGO Sunnah tetap merasai bahana ghurbah (keasingan/expatriation), disebabkan perbezaan pendekatan. Dakwah tajdid yang menggabungkan tarbiah dan tasfiah, telah memisahkan NGO Sunnah daripada NGO Islam lain. Ketika rakan-rakan sunnah sanggup berlilin untuk mengharungi kegelapan bid’ah, rakan-rakan NGO lain memadamkan obor mereka untuk memalapkan cahaya sunnah.
Ghurbag adalah suatu kelebihan, meskipun ia menggamit kesunyian. Dakhan adalah suatu kekurangan, meskipun ia merancak kebisingan. Islam menggalakkan umatnya berada dalam situasi ghurbah. Nabi s.a.w. memegang bahu Ibn Umar r.a. seraya bersabda (maksudnya): “Jadilah kamu di dunia umpama orang asing atau musafir lalu”. (Al-Bukhari, No.: 6053).
Tabiat pendukung kebenaran pasti akan merasai cabaran ghurbah. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sesungguhnya Islam itu bermula sebagai asing dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana mulanya. Maka bertuahlah bagi orang asing”. (Riwayat Muslim, No.: 146).
Tarbiyah Dan Tasfiyah Asas Perhubungan
Antara ciri-ciri pendukung kebenaran ialah bilangan mereka sedikit, berbanding bilangan penentang. Allah S.W.T. berfirman (maksudnya): “Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat menginginkannya”. (Yusuf, 12:103).
Kekurangan kuantiti menuntut jalinan hubungan dalaman (sesama ahli) dan luaran (dengan masyarakat). Konvensyen sunnah yang bertemakan jalinan ukhuwwah ini adalah usaha positif ke arah pengukuhan. Namun, hubungan yang hendak dijalin mesti dibina di atas asas-asas kerjasama yang kukuh. Jika asas lemah, jambatan perhubungan akan goyah dan mudah runtuh.
Kerjasama harus dijalin atas dasar tarbiah dengan keikhlasan untuk berhimpun melakukan perkara kebaikan dan taqwa. Allah S.W.T. berfirman (maksudnya): “... Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebaikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya). (Al-Maidah, 5:2).
Dia juga berfirman (maksudnya): “Pada hari itu (Akhirat) sahabat-sahabat karib setengahnya menjadi musuh kepada setengah yang lain, kecuali orang yang (bersahabat berdasarkan) taqwa”. (Az-Zukhruf, 43:67).
Allah S.W.T. menyuruh sekelian hambaNya yang beriman supaya saling bantu membantu dalam perkara kebaikan dan taqwa. Sebaliknya Dia melarang mereka daripada bekerjasama dalam perkara kemungkaran dan permusuhan. Kerjasama yang dijalin atas dasar kemungkaran akan berakhir dengan permusuhan.
Faktor keikhlasan paling mustahak dalam mengukuhkan hubungan dalaman dan luaran. Hubungan yang terbina atas kepentingan peribadi atau puak, sering mencetuskan pengkhianatan, dengki dan taksub.
Kerjasama harus dibina atas dasar tasfiah daripada pengkhianatan, kedengkian dan ketaksuban. Allah S.W.T. berfirman (maksudnya): “... Dan kebanyakan yang bergaul dan berhubungan (dalam pelbagai lapangan hidup), sebahagian mereka menzalimi sebahagian yang lain, kecuali yang beriman dan beramal soleh, tetapi amat sedikit mereka ini”. (Sad, 38:24).


Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Telah berjangkit kepada kamu penyakit umat-umat sebelum kamu, (iaitu penyakit) hasad dan permusuhan, sedangkan permusuhan itulah pencukur. Ketahuilah! Aku tidak kata ia mencukur rambut tetapi mencukur (pegangan) agama. (At-Tirmizi, No.: 2510 dan Ahmad, 1411. Dinilai sahih oleh Al-Albani).
Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya): “Jangan kamu jadi penolong syaitan atas saudara kamu”. (Al-Bukhari, No.:6781). Nabi s.a.w. juga bersabda (maksudnya): “... Dan sesiapa yang berjuang di bawah bendera taksub buta, dia marah kerana taksub, dia menyeru kepada taksub dan dia menolong kerana taksub, maka matinya adalah mati jahiliyyah...”. (Muslim, No.: 1848).
Kerjasama harus dibina atas dasar tasfiah daripada kesesatan dan bid’ah. Hubungan sukar dijalin dengan golongan sesat dan anti sunnah. Kerana mereka akan menjadikan jalan lurus berbelit-belit. Mereka akan tukar bid’ah menjadi sunnah manakala mungkar menjadi ma’ruf.
Mereka akan gelar penegur bid’ah sebagai pencetus fitnah. Mereka anggap penolakan tawassul dengan manusia sebagai menghina para auliya’. Mereka tohmah berpegang dengan dalil sebagai membelakangi ulama.
Hubungan sukar dijalin jika perbezaan melibatkan prinsip. Prinsip tidak harus menjadi korban perhubungan dakhan. Ungkapan keramat “Kita bertemu pada perkara yang kita sepakat dan kita bertolak ansur pada perkara yang kita berbeza pendapat” hanya boleh diguna untuk perkara furu’ (ranting), bukan perkara prinsip. Jika perbezaan prinsip boleh dikompromi, maka bolehlah menjalin hubungan dengan Syiah, Qadyani dan Yahudi.
Hubungan tidak semestinya lemah kerana faktor ghurbah, tetapi ia pasti menjadi lemah kerana faktor dakhan. Dakhan adalah penjana sifat wahan yang menjadi punca kelemahan. Nabi s.a.w. bersabda (maksudnya):
“(Masa) semakin hampir bagi sekelian umat untuk saling bekerja sama menguasai kamu sebagaimana para pelahap saling ajak mengajak untuk menyantap hidangan mereka. Sahabat bertanya: “Adakah keadaan itu disebabkan bilangan kita sedikit pada hari itu? Nabi s.a.w. menjawab: “(Tidak) Bahkan bilangan kamu pada hari itu ramai cuma keadaan kamu sama seperti buih air bah. Oleh kerana itu Allah akan mencabut dari hati musuh kamu perasaan gerun terhadap kamu, sebaliknya Dia akan mencampakkan ke dalam hati kamu (perasaan) al-wahn. Sahabat bertanya: “Apakah itu al-wahn? Nabi s.a.w. menjawab: “Cintakan dunia dan takutkan mati”. (Riwayat Abu Daud, Ahmad, Abu Nu’aim dan dinilai sahih oleh Al-Albani. Lihat: Ad-Durar As-Saniyyah, atas talian: http://www.dorar.net/mhadith.asp).
Apa jua langkah yang diambil, hakikatnya kebenaran adalah berat pada jiwa manusia. Para pendokong sunnah tidak seharusnya menambah beban kebenaran itu dengan beban perpecahan. Kadangkala usaha mengeratkan hubungan juga menatijahkan perpecahan. Justeru, kebijaksanaan dalam tindakan amat diperlukan.

Tilawah di kiblah

Monday, July 13, 2009














Penulis telah pun datang ke sekolah atas urusan tertentu jadi,kesempatan ini penulis telah mengambil beberapa keping gambar pelajar kiblah sedang tilawah di surau, selepas magrib, buat tatapan alumni sekalian. Mungkin berbeza sedikit dengan pengalaman setiap alumni ketika kelas tilawah di kiblah. Dan mungkin juga ada alumni yang akan tersenyum sendirian ketika lihat gambar ni,mengenangkan pengalaman sendiri ketika tilawah di kiblah suatu ketika dahulu.

Tuan Guru di Malaysia

Friday, July 10, 2009

Syekh Muhammad B.Abd Qadir Al-Mandilee, salah seorang tenaga pengajar di masjidil haram, mekah , satu-satunya anak melayu mengajar di sana. Beliau yang juga salah seorang penasihat agama bagi Sekolah Kiblah akan berada di Malayia dalam tempoh tertentu, bertujuan untuk menziarahi keluarga beliau di sini di samping memenuhi jemputan memberi ceramah agama di sekitar tanah air.

Bagi mereka yang mahu mendengar dan menadah mutiara hikmah dari beliau bolehlah merujuk kepada U.Zahar selaku PA beliau di sini.rebutlaH peluang keemasan ini untuk menuntut ilmu yg shahih utk di manfaatkan.

Bowling&BBQ

Friday, July 10, 2009




















Untuk di adakan reunion tak semestinya perlukan belanja yg besar dan plan yg lama. Batch SPM 2005 banin telah pun mengadakan reunion di pusat bowling Alamanda Putrajaya serta BBQ di sekolah. Setiap orang menunjukkan bakat masing2 dalam bermain bowling dengan menjatuhkan pin dan memasukkan bola dalam longkang, yang paling sengit adalah ketika masing-masing ‘bertanding’ nak tengok sape lagi banyak masuk longkang! Malamnya pula kami mengadakan BBQ di sekolah. Dengan peralatan membakar yg sudah tersedia, kami Cuma perlu beli bahan masakan yg mahu di kerjakan pada malamnya seperti ayam,hotdog,burger dan sebagainya, termasuk juga arang dan yang sewaktu dengannya. Ustaz-ustaz turut di jemput untuk makan bersama. Jika siang dah berpenat dengan pertandingan bowling, malamnya pula ‘bertanding melantak tak ingat dunia’.

Kami batch 05 banin dah buat reunion, batch lain bila pulak? Gerenti kebanyakan batch dah buat, jadi di jemputla untuk berkongsi bersama dengan menghantar berita serta gambar anda ke blog alumni ni!

Awal2 Beradab Lama2 Biadap

Wednesday, July 08, 2009

Posted by : Addean's on al-ahkam.net

Cinta kepada manusia adalah fitrah tetapi apabila sudah melampaui batas maka islam mengharamkannya.Fenomena cinta-bercinta antara lelaki dan perempuan sebelum perkahwinan adalah satu lumrah. Cinta itu boleh jadi buta jika tidak didasari dengan panduan agama. Tanpa panduan agama , daripada cinta boleh jadi duka. Sebab itu syariat islam begitu menjaga persoalan pandangan dan pergaulan antara lelaki dan perempuan. Penulis tidak menafikan bolehnya bercinta sebelum perkahwinan menurut perspektif masyarakat sekarang. Bagi mereka pasangan tersebut boleh dikenali dengan lebih rapat tentang sikapnya sebelum memasuki ke alam perkahwinan.


Setiap orang mempunyai kriteria sendiri untuk mencari pasangan hidupnya. Kriteria yang diyakini adalah memiliki kecenderungan perasaan hati terhadap pasangan dan tentu akan lebih baik jika disertai dengan kriteria utama yang dianjurkan dalam agama.
Jika di lihat pada zaman sebegini kebanyakan bercinta hanya kerana dorongan nafsu sahaja. Daripada nafsu itu akan cenderung kepada keinginan.Daripada keinginan bermulanya pandangan, daripada pandangan terdetik perasaan ingin berkenalan, perkenalan membibit kemesraan, daripada kemesraan membawa keghairahan dan keghairahan boleh membawa pada penzinaan.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:
Setiap anak Adam pasti terkena sebahagian dosa zina. Kerana zina mata adalah pandang, zina telinga adalah dengar, zina lidah adalah cakap, zina hati adalah niat, zina kaki adalah langkah. Sedangkan nafsu itu cenderung dan berkeinginan, tetapi hanya kemaluan sahaja yang menidakkannya. (Sahih Bukhari No. 5774)
Sebab itu apabila bermula terdetiknya perasaan suka sama suka perlulah anda berfikir sejenak adakah perkenalan itu manfaatnya lebih besar daripada mudaratnya? Bolehkah anda dapat mengawal kenginan anda hanya dengan perkenalan yang kemungkinan hanya tidak membawa apa-apa manfaat tetapi membawa pada penyesalan . Seingat penulis pernah membaca satu artikel menyatakan :
Apabila sudah bercinta perasaan rindu tidak boleh dihilangkan hanyalah dengan pertemuan. Semakin kerap petemuan semakin kuat dorongan anda untuk mendekatinya kerana rindu itu hanyalah satu tekanan perasaan anda untuk mendekati padanya.
Rindu hanya boleh dihilangkan pada perkahwinan sahaja kerana itulah ubat mujarab yang berkesan untuk menghilangkan perasaan tersebut. Rindu memerlukan sentuhan, tanpa sentuhan, rindu itu tidak dapat dihilangkan kerana sentuhanlah membawa kemanisan rindu itu. Kemanisan rindu itu hanyalah pada persetubuhan yang sah.
Ini bertepatan dengan hadis Nabi didalam sahih muslim , No.2491 Nabi SAW pernah bersabda:
Apabila seseorang kamu melihat seseorang perempuan lalu dia jatuh hati kepadanya, maka hendaklah dia menyetubuhi isterinya. Kerana yang demikian itu akan menghilangkan perasaan (rindu) yang ada dalam dirinya.
Bagi pasangan yang pernah berzina rindu itu tidak dapat dikecapi dengan sepenuhnya.Apabila berzina, perasaan bersalah anda akan menyelubungi jiwa anda maka rindu itu bercampur baur antara benar dan batil.

Ramai yang terpedaya dengan percintaan ini kononnya bila sudah suka sama suka membuktikan bahawa itulah pasangan hidup mereka. Selalunya bercinta sebelum perkahwinan ini kebanyakan- nya hanyalah lakonan sahaja. Didepan anda nampaklah sopannya dibelakang anda, syaitanlah jadinya. Sebab itu hanya awal perkenalan sahaja nampak adabnya apabila berkahwin nampaklah biadabnya.
Di depan anda nampaklah sopannya dibelakang anda, syaitanlah jadinya.
Hanya awal perkenalan sahaja nampak adabnya bila berkahwin nampaklah biadapnya.
Sebab itu cukuplah perkenalan biasa tetapi membawa kepada perkahwinan. Bagi lelaki memang anda perlu melihatnya supaya anda tertarik kerana sesuatu yang menarik tentunya akan menimbulkan perasaan mendalam, akhirnya membuat anda teguh untuk menikahi. Pernikahan yang diawali dengan rasa keserasian biasanya akan lebih rapat. Hal ini ditunjukkan dalam hadis oleh pengarang kitab Fathul Bari, al- Hafiz Ibnu Hajar, yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Hakim dengan sanad hasan.
“Jika salah satu kalian akan melamar seorang wanita, jika mampu hendaklah melihat sesuatu yang boleh mendorong untuk menikahinya.
Dalam Sunan at-Tirmidzi Kitab an-Nikah No.3183 :
“ Cuba perhatikan wanita itu, dengan begitu akan lebih rapat hubungan kalian.”
Ini kerana apabila melihat akan memiliki kecenderungan hati kepada wanita yang akan dinikahinya dan dapat menjadi salah satu faktor yang membawa kepada pernikahan. Tetapi hendaklah anda menjaga batas-batasnnya dan tidak perlulah anda berpanjangan dalam perkenalan tersebut kerana ia hanya akan di selubungi dosa sahaja. Pernikahan tidak akan mungkin terlaksana hanya kerana perkenalan dan percakapan melalui perantaraan telefon sahaja. Kalaupun memang ini terjadi maka akan mengalami kegagalan dan penyesalan. Firman Allah:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk (Al Israa' 32).
Maka berhati-hatilah dari segala kemaksiatan dan dosa kerana perkara tersebut merupakan sebab hilangnya nikmat, mendatangkan musibah, dan merupakan sebab datangnya kesengsaraan serta azab yang membinasakan.
Wallahua'lam

Muhammad Fakhruddin Ismail

Di Manakah Lelaki Sempurna?

Wednesday, July 08, 2009

Posted by : Addean's on al-ahkam.net

SERING TERLONTAR PERNYATAAN BAHAWA MANUSIA TIDAK ADA YANG SEMPURNA. PADAHAL MANUSIA SEMPURNA ITU NESCAYA ADANYA. BUKAN BERERTI MANUSIA SEMPURNA KEMUDIAN TIDAK BERLAKU SALAH DAN DOSA. DI MANAKAH LELAKI SEMPURNA BERADA?


Ucapan (tidak ada orang sempurna) tidaklah benar, kerana laki-laki yang sempurna banyak jumlahnya. Yang paling sempurna dan utama adalah Nabi Muhammad SAW . Ini berdasarkan hadis sahih,
“Orang yang sempurna dari kalangan laki-laki banyak jumlahnya, sedangkan dari kalangan perempuan tidak ada yang sempurna kecuali Maryam putri Imran dan Asiyah putri Muzahim (isteri Fir‘aun). Dan keutamaan Aisyah dari seluruh perempuan seperti keutamaan Tsarid dari seluruh makanan.”
Hadis sahih juga menunjukkan bahwa Khadijah binti Khuwailid, ibu dari anak-anak beliau,termasuk perempuan yang sempurna.Demikian pula, Fathimah binti Rasulullah,dinyatakan dalam hadis sahih sebagai pemimpin kaum perempuan di syurga. Jadi, kelima wanita tersebut (Maryam, Asiyah, ‘Aisyah, Khadijah dan Fathimah) adalah orang-orang yang sempurna dari kalangan perempuan.
Adapun lelaki sempurna jumlahnya banyak. Ertinya, sempurna dalam sifat-sifat kemanusiaan yang Allah memujinya dan memuji pemiliknya, iaitu keilmuan, kedermawanan, keistiqamahan di atas agama Allah, keberanian dalam membela kebenaran, dan sifat-sifat agung lainnya yang Allah atau Rasul-Nya memujinya dan memuji pemiliknya. Hanya saja manusia yang paling sempurna adalah para Rasul alaihi-mussalam. Yang paling sempurna dan paling utama di antara mereka adalah Rasulullah , penutup dan pemimpin mereka, berdasarkan sabda beliau,
“Saya adalah pemimpin anak keturunan Adam pada hari kiamat, …”[1]
Juga berdasarkan dalil-dalil lainnya dari al-Quran dan al-Sunnah.Sementara kesempurnaan secara mutlak dalam seluruh sifat hanya milik Allah semata.Tidak ada yang setara dan sekutu dengan Allah dalam hal itu. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:
“Katakanlah,‘Dialah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah ilah yang bergantung kepada-Nya segala makhluk. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia.’” (Al-Ikhlas: 1-4)
“Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Al-Syura: 11)
“Maka janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Nahl:74)
Dalam surah al-Rum Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Dialah yang menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan)nya kembali, dan menghidupkannya kembali itu adalah lebih mudah bagi-Nya. Dan bagi-Nyalah sifat yang Mahatinggi di langit dan di bumi;dan Dialah Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.” (Al-Rum: 27)
Al-Matsal al-A‘la dalam ayat ini adalah sifat yang amat luhur, yang tidak ada satu pun makhluk Allah yang bersekutu dengan-Nya didalam,iaitu sifat-sifat ilmu, kemampuan, kehidupan, mendengar, melihat, dan sifat-sifat sempurna lainnya. Maha tinggi, Mahakudus, dan Maha suci Allah dari keserupaan makhluk.Tidak ada sesembahan yang berhak di ibadahi kecuali Dia Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.
Rujukan:
1. Sunan al-Tirmidzi (3148).
Fatwa daripada:
“Syaikh Abdulaziz bin Abdullah bin Baz dalam Majmu‘ Fatawa wa Maqalat Mutanawwi‘ah VII”

http://fakhrumobile.blogspot.com

Pandanglah tangan yg melakukan

Wednesday, July 08, 2009

Petikan: Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti.


________________________________________
Jangan dipandang air mata yang mengalir
Tapi pandanglah tangan yang melakukan

OLEH: ABD.BASIT ABD.RAHMAN
Bukanlah satu perkara yang ajaib kalau kita dapati ada golongan yang cuba menyekat perlaksanaan Islam dari segenap aspek kehidupan dan cuba untuk memburukkannya dengan berbagai cara, tapi yang ajaibnya ada dikalangan orang muslim yang mempercayai dakwaan mereka kerana perbuatan itu menyalahi apa yang mereka ucapkan dalam pengakuan syahadah, wala’ atau kesetiaan yang mereka berikan kepada musuh Islam menyingkap kesesatan dan tipudaya yang mereka lalui, ramai pemimpin umat Islam berucap mengatakan kebaikan dan keelokan Islam, menangis dan berdukacita terhadap bala bencana yang menimpa umat Islam, mereka mendakwa telah melaksanakan syariat dan nilai-nilai Islam, tapi dalam masa yang sama penjara mereka dipenuhi oleh para pendakwah Islam, darah orang yang baik mengalir dengan murah dan ramai yang terpaksa berpisah dengan keluarga dan kampung halaman. Kita dapati juga mereka yang berucap: telah muncul di kalangan orang Islam mereka yang akan mengembalikan kegemilangan Islam.
Nabi Yaacob a.s tidak menerima air mata anak-anaknya sebagai bukti untuk membenarkan dakwaan mereka kerana kehilangan Yusuf a.s, ketika mereka datang waktu malam dalam keadaan menangis, Yusuf dimakan oleh serigala, bahkan Baginda juga tidak menerima darah dibaju Yusuf yang mereka bawa sebagai bukti.
Berapa ramai pula kalangan yang menangis kerana menuntut bela diatas kewafatan Saidina Uthman yang dibunuh, tapi setengah dari merekalah yang menimbulkan fitnah yang membawa kepada syahidnya Khalifah Ar rashid itu.
Salah seorang yang duduk bersama hakim dalam mahkamah merasa sedih ketika melihat seorang pengadu datang dalam keadaan menangis dan orang itu memberitahu hakim bahawa beliau berpendapat si pengadu telah dizalimi, maka hakim yang bijak telah memberi jawapan kepadanya: saudara-saudara Yusuf datang menemui bapa mereka dalam keadaan menangis.
Oleh itu sebelum kita memberi kepercayaan kepada seeorang, hendaklah kita halusi, selidiki dan kaji betul-betul, benarkah dia seorang yang benar-benar memperjuangkan islam sebelum kita meletakkannya ditempat pejuang atau mujahid islam. Pernah dulu orang memberi gelaran kepada Attartuk sebagai Khalid, “Wahai Khalid Turki baharukan perjuangan Khalid Arab”, mereka menyamakannya dengan Khalid kerana menyangka beliau akan mengembalikan keagongan dan ketinggian islam. Tetapi tak lama kemudian pecahlah tembelangnya, beliau seorang taghut dari usrah Yahudi yang ditonjolkan untuk menjatuhkan Khilafah Islamiyah dan menghancurkan Islam. Diawal perlantikannya tidak lepas kayu sugi dimulutnya dan bekas wuduk di tangannya.
Mengetahui hakikat sesuatu adalah penting sebelum membuat apa-apa keputusan, untuk mengelakkan daripada tersalah dan tersesat.
Kita telah membaca cerita pemburu yang menembak burung dimusim sejuk, seekor demi seekor ditangkap dan disembelihnya kemudian dimasukkan kedalam bekas yang dibawanya. Sedang air matanya mengalir kerana kesejukan dan ditiup oleh angin, seekor burung yang sedang sakit memberitahu kawannya, “Tengoklah lelaki ini seorang yang baik dan lembut hatinya hingga mengalir air matanya kerana kasihan kan kita”. Jawab kawannya” jangan kau lihat air matanya tapi lihatlah apa yang dilakukan oleh tangannya”. Wallahu alam.
Dipetik dari buku (Mawaqif zatu ibar) Dr. Sulaiman al Ashqar.

Du’at Traning Course (DTC)

Wednesday, July 08, 2009









Pada 3-5Julai 2009 telah di adakan Du’at Traning Course (DTC) atau Kursus Latihan Pendakwah bertempat di UIA, yang di anjurkan oleh Gabungan Minda Tajdid (GMT).
Program selama 2hari 2malam ini di adakan bagi mempelajari teknik-teknik berdakwah yang berkesan serta bekalan yang berguna buat du’at atau pendakwah-pendakwah manhaj as-sunnah.

Lebih kurang 60orang peserta dari setiap IPT di Malaysia telah menghadiri kursus ini seperti UIA,USM,UTEM,UTP,UTM KL,UPSI,KUIS,IPTIP dan lain-lain. Wakil dari pihak alumni kiblah juga telah menghadiri program ini bertujuan meempelajari teknik berdakwah, iaitu saudari Farah Nabeela (batch 05), Khairul Amali (batch 07) dan peulis sendiri,Muhammad Akmal(batch 05).

Pengisian bagi menjadi pendakwah berkarisma serta teknik komunikasi yang berkesan telah di adakan oleh saudara Fazli Yusof, konsultan, perunding motivasi serta penulis buku motivasi yang terkenal. Beliau telah menjelaskan bagaimana teknik komunikasi yang berkesan, cara memikat hati mad’u, kemahiran berfikir atau menggunakan ‘topi-topi berfikir’, karisma seorang pendakwah serta pelbagai lagi.

Program turut di isi dengan panduan, nasihat, peringatan ,perkongsian serta pengisian rohani dengan ceramah yang di sampaikan oleh ustaz Fadlan(UKM),u.Khairul Anuar(jab mufti Perlis),U.Anwar Riduan(UM),U.Abdul Razak(RK Traning) dan U.Fathul Bari(Musytasar&Al-Qalam). Mereka telah menegaskan kepentingan ilmu yang shahih yang mesti ada dalam diri pendakwah, pendakwah perlulah bijak serta berhikmah dalam berdakwah, pandai membawa diri dalam perkara-perkara yang terjadi perselisihan, cabaran-cabaran yang akan di hadapi ,tegas dalam perkara usul, berlapang dada dalam perkara-perkara cabang, kesabaran dalam berdakwah serta sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik.

Kursus yang berakhir pada hari ahad itu telah di akhiri dengan resolusi oleh para peserta untuk lebih mengembelengkan usaha dakwah mereka serta mempraktikkan segala ilmu ilmu berguna telah mereka dapat sepanjang mnyertai kursus inysaallah.

Majlis Hi-Tea Alumni 2008

Tuesday, July 07, 2009









Pada 24Mei 2008, sabtu, yang lalu telah di adakan suatu majlis yang julung2 kalinya di adakan,Majlis Hi-Tea Alumni bertempat di Bangi Golf Club,Bangi. Program ini di anjurkan oleh pihak Sekolah Kiblah serta YAKIN dengan kerjasama Alumni.

Alumni banin dan banat dari setiap tahun dan batch telah di jemput bagi menghadiri majlis hi-tea tersebut bagi meraikan mereka serta sebagai program reunion atau perjumpaan dan perhimpunan semula para alumni dan pihak sekolah. Ini bagi memastikan ukhwah islamiah yang terbina akan terus terjalin sampai bila-bila.

Majlis tersebut turut di serikan lagi dengan kedatangan Tan Sri Hashim Meon selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN) di iringi oleh U.Ismail Omar,Pengarah Urusan Sekolah Kiblah. Tan Sri Hashim Meon turut berbesar hati bagi menyampaikan ucapan perasmian bagi majlis tersebut di samping berkenalan serta bermesra dengan alumni-alumni yang hadir.

Majlis kemudian di teruskan dengan acara Forum Alumni serta pihak Sekolah antara saudara Arif Musa dari alumni(batch 01) dengan U.Zaharudin dari pihak sekolah di pengerusikan oleh saudara Haris(batch 06). Forum ini di bincangkan peranan alumni untuk membantu pihak sekolah serta cadangan alumni untuk pihak sekolah bagi menaik taraf sekolah. Acara yang di tunggu-tunggu sudah semestinyalah acara makan-makan!!!

Petang itu tetamu di hidangkan oleh sajian yang di sediakan oleh pihak Bangi Golf Club.

Semoga program sebegini akan sentiasa berterusan serta di hadiri oleh ramai alumni yang lain insyaallah.

Kepada sesiapa yangg ingin post apa-apa artikel, video atau sebarang komen, sila email atau sms kepada sya_i_zz@yahoo.com(012-9432204) atau kepada saudara akmal syahid_akmal@yahoo.com(012-3218987) dan amirul mukminin amer_ktb@yahoo.com (013-2845128)..

Aktiviti Alumni Pada Tahun 2008